Graduan AeU yang diraikan dalam Konvokesyen Ke-12 di PWTC baru-baru ini.
Graduan AeU yang diraikan dalam Konvokesyen Ke-12 di PWTC baru-baru ini.

Konvokesyen AeU Ke-12: Wadah kecemerlangan akademik global

16 Oct 2023 05:14pm
A
A
A

Seramai 1,950 graduan dari pelosok dunia meraikan pencapaian akademik pada Istiadat Konvokesyen Asia e University (AeU) Ke-12 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.

Barisan graduan yang diraikan itu terdiri dari Indonesia, Sri Lanka, Pakistan, Maldives, Somalia, Yemen, Nepal dan United Kingdom, masing-masing menerima skrol diploma, ijazah sarjana muda, ijazah sarjana dan ijazah doktor falsafah (PhD).

Majlis membuka tirai dengan penganugerahan Ijazah Doktor Kehormat kepada bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed atas sumbangan penting beliau kepada negara dan penubuhan AeU.

Disusuli pengiktirafan kepada penuntut cemerlang menerusi penyampaian anugerah berprestij seperti Anugerah Pengerusi dan Anugerah Presiden.

Sementara itu, Naib Canselor AeU, Profesor Emeritus Tan Sri Datuk Dr Nik Mustapha Raja Abdullah membangkitkan peranan utama Kecerdasan Buatan (AI) dalam pendidikan yang khusus menekankan keperluan metodologi pendidikan adaptif di ambang landskap teknologi yang berkembang pesat.

No Image Caption

Semenjak 2007, AeU telah mempunyai jaringan kerjasama dengan 35 negara dan mewujudkan lebih 30,000 alumni menyumbang secara signifikan merentasi pelbagai sektor.

AeU berbesar hati mempertingkatkan status akademik 13 tokoh tempatan menerusi program Pengakreditan Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu bagi tujuan Penganugerahan Kelayakan (APEL.Q) yang inovatif.

Artikel Berkaitan:

Alumni Doktor Pentadbiran Perniagaan (DBA) yang juga Pengarah Urusan Kumpulan World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL), Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim menjadi rakyat Malaysia pertama dipilih ahli Lembaga Pengarah World Trade Centers Association (WTCA).

Turut tersenarai sebagai alumni DBA ialah Pengarah Urusan Kumpulan Syarikat-Syarikat Dancom, Datuk Dr Liu Thim Soon dan Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Dr Adnan Mat.

No Image Caption

Pencapaian mencerminkan dedikasi AeU terhadap pemupukan kemantapan intelektual dan kepimpinan profesional.

Konvokesyen AeU Ke-12 menekankan komitmen memajukan pembelajaran global di bawah Dialog Kerjasama Asia (ACD) yang mencerminkan kedudukan kukuh dalam Penarafan Bersepadu Institusi Pendidikan Tinggi Malaysia (SETARA) merentasi pelbagai kategori.

Di peringkat global, AeU meluaskan jangkauannya ke China dengan ihsan pengesahan Pusat Perkhidmatan China bagi Pertukaran Ilmiah (CSCSE) sekali gus membuka kerjasama penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang mantap, pertukaran akademik dan program dwi ijazah.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok