Taylor‘s University diumumJuara Pendidikan Keseluruhan di QS Reimagine Education Awards ke-10. Gambar kecil: Pradeep Nair.
Taylor‘s University diumumJuara Pendidikan Keseluruhan di QS Reimagine Education Awards ke-10. Gambar kecil: Pradeep Nair.

Taylor‘s University diiktiraf dunia

Juara pembelajaran lestari dalam QS Reimagine Education Awards

NURBAYA ABDUL REZAK
23 Dec 2023 08:00am
A
A
A

Taylor‘s University sekali lagi mengorak langkah apabila dinobatkan Juara Pendidikan Keseluruhan di QS Reimagine Education Awards ke-10, baru-baru ini.

Pengiktirafan itu adalah penghargaan terhadap 13 Impact Lab universiti sejajar Matlamat Pembangunan Lestari Pertubuhan (SDG) Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), sekali gus penyumbang kepada pembangunan kelestarian pendidikan.

Timbalan Naib Canselor dan Ketua Pegawai Akademik Taylor‘s University, Profesor Dr Pradeep Nair berkata, lebih membanggakan apabila projek yang dilaksanakan berjaya mendahului Universiti Kebangsaan Singapura, Universiti Teknologi Nanyang, Universiti Hong Kong dan Universiti Kebangsaan Australia dengan hadiah wang tunai bernilai AS$25,000.

“Universiti ini juga berjaya merangkul emas dalam kategori Pendidikan Kelestarian yang mana memerlukan kita bersaing dengan lebih 1,200 penyertaan menerusi 17 anugerah yang berbeza.

“Taylor‘s University mendapat sokongan yang tidak berbelah bahagi walaupun diadili lebih 600 hakim bebas antarabangsa, ditambah pula seramai 56 juri utama dari Universiti Harvard, Imperial College London, Universiti Oxford, Intel Corporation, Amazon Web Services dan banyak lagi.“ katanya menerusi satu kenyataan di sini, baru-baru ini.

Pro-Naib Canselor Taylor's University, Dr Thian Lok Boon (tengah) menerima mok cek daripada wakil penarafan QS, Simona Bizzozero (kiri) dan Pengarah Komunikasi Institutional Performance, Monica Hornu.
Pro-Naib Canselor Taylor's University, Dr Thian Lok Boon (tengah) menerima mok cek daripada wakil penarafan QS, Simona Bizzozero (kiri) dan Pengarah Komunikasi Institutional Performance, Monica Hornu.

Pradeep Nair berkata lagi, kejayaan itu bermula dengan objektif universiti untuk menjadi sebuah institusi yang memacu tujuan - pendidikan dan penyelidikan yang fokus kepada mencipta penyelesaian masalah sekeliling.

“Di samping memperoleh kelayakan untuk memasuki sektor pekerjaan, mahasiswa kini mencari makna dalam pendidikan mereka.

Artikel Berkaitan:

“Generasi baharu pelajar semakin didorong tujuan dan sedar dari segi sosial; mereka menginginkan pendidikan yang bukan sahaja relevan tetapi selaras dengan identiti, minat dan matlamat mereka yang unik.

“Disebabkan itu jugalah Taylor‘s University mengambil langkah proaktif menubuhkan Impact Labs.

“Makmal ini bertujuan melibatkan mahasiswa dalam inisiatif sosial dan alam sekitar, di mana mereka boleh mengambil bahagian secara aktif serta membantu komuniti,“ katanya.

Jelasnya lagi, dalam tempoh setahun, sejumlah 106 projek berimpak dilaksanakan membabitkan lebih 4,000 pelajar yang mendatangkan kesan terhadap kehidupan penerima iaitu 3,194 individu, 43 organisasi dan 13 komuniti yang pelbagai.

“Untuk makluman, komuniti yang terlibat adalah di kawasan bandar dan luar bandar merangkumi perusahaan kecil dan sederhana (PKS), kanak-kanak, golongan petani, ibu tunggal, mangsa keganasan rumah tangga, pesakit kanser, warga emas, pelancong dan ramai lagi.

“Usaha ini sejajar dengan SDG PBB merangkumi integrasi pendidikan, penyelidikan dan advokasi yang holostik,“ katanya.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok