Zambry ketika ditemui selepas Majlis Sambutan Hari Akademia Peringkat Kebangsaan 2025 di USIM.
Zambry ketika ditemui selepas Majlis Sambutan Hari Akademia Peringkat Kebangsaan 2025 di USIM.

KPT beri sokongan penuh 2 ahli akademik sertai misi Global Sumud Flotilla

NORAFIZA JAAFARNORAFIZA JAAFAR
06 Oct 2025 08:30am

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) memberikan sokongan penuh misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza yang memasuki gelombang ketiga dan turut disertai dua ahli akademik.

Dua pensyarah yang terlibat ialah Profesor Dr Mohd Afandi Salleh dan Dr Noorhasyimah Ismail.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, pihak kementerian mendoakan keselamatan semua rakyat Malaysia yang terbabit dalam misi tersebut termasuk pensyarah terlibat.

"Kita sentiasa memberi sokongan kepada para pejuang dan rakyat Malaysia yang terlibat secara langsung dalam usaha kemanusiaan ini.

"Kita juga telah menyuarakan bantahan terhadap tindakan rejim Israel yang tidak mematuhi undang-undang antarabangsa,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Sambutan Hari Akademia Peringkat Kebangsaan 2025 di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) pada Jumaat.

Dalam misi terdahulu, dua ahli akademik, Dr Taufiq Mohd Razif dan Muhammad Hareez Adzrami (Haroqs), antara 23 sukarelawan Malaysia dalam misi GSF, dilaporkan ditahan tentera Israel selepas kapal mereka dipintas di perairan antarabangsa.

Misi gelombang ketiga GSF yang bermula pada 27 September lalu disertai delegasi dari pelbagai negara termasuk doktor perubatan, ahli Parlimen, aktivis kemanusiaan dan wartawan.

Seramai sembilan delegasi Malaysia menyertai misi kali ini menerusi dua kapal termasuk Ketua Delegasi Malaysia, Profesor Emeritus Dr Mohd Alauddin Mohd Ali serta beberapa doktor dan wartawan tempatan. 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • KPT beri sokongan penuh kepada dua ahli akademik yang sertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla ke Gaza
  • Dua pensyarah terlibat adalah Profesor Dr Mohd Afandi Salleh dan Dr Noorhasyimah Ismail
  • Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, mendoakan keselamatan semua rakyat Malaysia dalam misi tersebut
  • KPT menyuarakan bantahan terhadap tindakan rejim Israel yang melanggar undang-undang antarabangsa
  • Sembilan delegasi Malaysia menyertai misi gelombang ketiga GSF termasuk doktor dan wartawan tempatan
Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp