Mahasiswa 80-an: Tiada ChatGPT, tugasan tetap siap!
“Kualiti graduan zaman dulu memang takleh lawan.”
“Student zaman ITM power-power tau. Sekarangmostly dah jadi orang-orang besar.”
“Orang dulu sampai sekarang kalau buat kerja sungguh-sungguh. Dengan kerja keras sahaja boleh buat dorang berjaya. Respect!
“Bunyi typewriter tu betul-betul mengamit kenangan study dulu-dulu.”
“Zaman kecil saya, memang ITM sebuah institusi tersohor dan jadi impian semua orang untuk ke sana.”
“Sebaran Am – Mass Comm.”
“Sebab tu saya rasa orang zaman dulu kalau pandai memang pandai betul. Sebab dorang belajar tanpa easy access to resources macam kita sekarang.”
Ini antara komen warga maya susulan tular satu video memaparkan sekumpulan penuntut Institiut Teknologi MARA (ITM) tahun 80-an jurusan Sebaran Am sedang berbincang mengenai tugasan yang perlu disiapkan.
Ia menjadi viral kerana projek ‘Sejarah Dimensi’ memerlukan mereka turun padang ke segenap tempat bagi mendapatkan segala maklumat diperlukan.
Sinar Bestari sendiri salute dengan kumpulan mahasiswa zaman dahulu.
Memang mencabar mental dan fizikal tugasan mereka apatah lagi ketika itu, tiada ChatGPT seperti sekarang.
Cayalah korang!