Kad pelajar yang dikongsi Ismail Sabri di laman Facebook rasmi beliau.
Kad pelajar yang dikongsi Ismail Sabri di laman Facebook rasmi beliau.

Ismail Sabri jadi mahasiswa UUM?

15 Feb 2024 10:59pm

Pepatah ada menyebut, 'tuntutlah ilmu dari ayunan hingga ke liang lahad'.

Susunan ayat itu amat sesuai dengan situasi mantan Perdana Menteri ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi perkongsiannya kembali menjadi mahasiswa Universiti Utara Malaysia (UUM).

Menerusi perkongsian di laman sosial Facebook itu, Ismail Sabri menunjukkan kad pelajar UUM yang memaparkan wajahnya dan nombor pengenalan mahasiswa peringkat Doktor Falsafah (PhD).

Hasil tinjauan di laman Facebook, Ismail Sabri mengambil kursus Sains Politik UUM.

"Alhamdulillah, hari ini dapat kad pelajar. Rasmi, hari ini saya jadi pelajar.

"Tak sangka tua-tua masih jadi pelajar.

"Inilah yang dikatakan belajar sepanjang hayat," tulis Ismail Sabri di Facebook beliau pada Khamis.

Sementara itu, perkongsian ringkas tersebut mendapat lebih 14,000 reaksi dan lebih 1,000 komen positif terhadap iltizam beliau melanjutkan pelajaran.

Artikel Berkaitan:

"Tahniah Datuk Seri, semoga dipermudahkan study," kata Ganak Kamin S.

"Tahniah Datuk, moga maju jaya. Tuntutlah ilmu selagi ada kemahuan," kongsi Aini Isma.

"Tahniah Datuk Ismail Sabri. Ini menjadikan kami bersemangat juga untuk berjuang sambung belajar. Jangan ponteng kelas ye Tok," seloroh Lola Born Zhye

Untuk rekod, Ismail Sabri pernah melanjutkan pelajaran dalam bidang Sarjana Muda Undang-Undang di Universiti Malaya (UM) pada 1980.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp