Mazliham (tiga dari kiri) menyampaikan sumbangan raya kepada seorang pekerja, Maizun Mamat.
Mazliham (tiga dari kiri) menyampaikan sumbangan raya kepada seorang pekerja, Maizun Mamat.

MMU agih bantuan raya kepada golongan memerlukan

15 Apr 2024 05:47pm

Bagi meringankan beban golongan memerlukan, Universiti Multimedia (MMU) meneruskan tradisi memberi bantuan kepada mereka melalui Program Bantuan Disbursement Hari Raya Aidilfitri 2024, baru-baru ini.

Dalam program inisiatif badan kebajikan universiti dikenali Yayasan Universiti Multimedia (YUM), sejumlah RM256,000 bantuan kewangan telah disalurkan kepada 481 anggota masyarakat B40 di Selangor dan Melaka yang terdiri daripada mahasiswa, kakitangan MMU dan komuniti setempat.

Setiap individu telah menerima duit raya berjumlah RM500 hingga RM1,500 yang diserahkan Presiden MMU, Profesor Datuk Dr Mazliham Mohd Su’ud.

Menurut Mazliham, sumbangan bertujuan meringankan beban kewangan para penerima bagi membuat persiapan menyambut Aidilfitri, baru-baru ini.

No Image Caption

“Di kala MMU sentiasa komited dalam membentuk masyarakat melalui inovasi, kami juga berazam untuk menyokong komuniti sekitar dan mengangkat semangat mereka pada musim perayaan tahun ini," katanya.

Sementara itu, salah seorang penerima, Muhammad Wazir Ngadilan merakam ucapan terima kasih kepada YUM dan MMU kerana menghulurkan sumbangan kepada dirinya.

Seterusnya, Rosizati Amirah Rosli melahirkan rasa syukur dan gembira apabila menerima sumbangan raya buat kali pertama.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, turut menyatakan terima kasih kepada YMU dan MMU adalah mahasiswa tahun akhir, Aiman Hakimie Mohd Sani yang menyifatkan sumbangan tersebut dapat menceriakan lagi sambutan Hari Raya bersama keluarganya.

Dari kiri Muhammad Wazir, Rosizati Amirah dan Aiman Hakimie.
Dari kiri Muhammad Wazir, Rosizati Amirah dan Aiman Hakimie.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp