Ziarah Prihatin bantu golongan memerlukan
Program Ziarah Prihatin melalui Kempen Kasih Ramadan merupakan kolaborasi antara Yayasan Ikhlas dan KPJ International College Johor Bahru, Johor.
Ia bertujuan menyantuni golongan asnaf sekitar Kampung Pasir Tebrau dan Kampung Paya Kenangan Bukit Mutiara Bandar Dato Onn di Johor Bahru.
Selain itu, program turut menghulurkan beberapa sumbangan keperluan bagi meringankan beban sempena Aidilfitri.
Menurut wakil Pengurusan Operasi Yayasan Ikhlas, Mohd Khairul Ahmad Nordin, Ziarah Prihatin disertai para pensyarah, kakitangan dan 10 pelajar Diploma Kejururawatan dari KPJ International College Johor Bahru.
“Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini.
“Diharapkan ia dapat diteruskan pada masa akan datang dalam membina masyarakat dinamik, berkualiti dan bersatu padu,” ujarnya.