MPP, Persatuan-Persatuan Pelajar, JKPS dan INASIS UUM akan menggubal satu garis panduan komprehensif berkaitan aktiviti hiburan dan konsert.
MPP, Persatuan-Persatuan Pelajar, JKPS dan INASIS UUM akan menggubal satu garis panduan komprehensif berkaitan aktiviti hiburan dan konsert.

MPP, JKPS dan INASIS UUM akan gubal satu garis panduan komprehensif bagi aktiviti hiburan universiti

AZLEENDA SAHALUDIN
07 Sep 2023 01:32pm
A
A
A

Universiti Utara Malaysia (UUM) bersama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Persatuan-Persatuan Pelajar dan Majlis Presiden Jawatankuasa Kepimpinan dan Pembangunan Siswa (JKPS) Inapan Siswa (INASIS) akan menggubal satu garis panduan komprehensif berkaitan aktiviti hiburan dan konsert

Ahmad Martadha
Ahmad Martadha

.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Profesor Dr Ahmad Martadha Mohamed berkata, garis panduan aktiviti hiburan dan konsert sudah sedia ada tetapi penggubalan secara komprehensif perlu dibuat dengan mengambil kira persetujuan majoriti mahasiswa.

“Dalam usaha memperkasakan mahasiswa, pihak Jabatan Hal Ehwal Pelajar juga sentiasa membuka peluang dan ruang kepada badan-badan pelajar untuk memberikan pandangan mereka mengenai garis panduan yang tersedia.

“Dalam penggubalan garis panduan baru, kita mengambil kitra semua aspek termasuk sensitiviti, adab, kesopanan dan kehendak sebenar para penuntut,” ujarnya ketika di minta mengulas mengenai garis panduan aktiviti kebudayaan.

Menurut Ahmad Martadha, garis panduan berkenaan akan dirangka dan disediakan oleh universiti dengan mengajak MPP dan kepemimpinan mahasiswa lain untuk turut sama memberi input.

Tambahnya, UUM amat cakna dan menyokong penuh terhadap pelaksanaan penganjuran aktiviti-aktiviti mahasiswa di kampus ini termasuklah hiburan

“Pihak universiti sentiasa mengadakan sesi libat urus bersama MPP dan JKPS dalam membincang, membentuk serta memurnikan garis panduan yang bersesuaian dengan persembahan kebudayaan di dalam UUM.

Artikel Berkaitan:

“Kita sekali lagi akan bersama-sama dengan MPP dan pemimpin penuntut lain untuk memberikan input bagi merangka garis panduan yang bersesuaian supaya sebarang perkara yang tidak diingini dapat dielakkan selain mereka juga dapat menikmati hiburan,” ujarnya lagi.

Sebelum ini, Jabatan pendidikan Tinggi (JPT) dalam satu kenyataan mengarahkan penglibatan MPP serta Kesatuan Mahasiswa (KM) dalam proses merangka Garis Panduan Aktiviti Hiburan (Konsert) di institut pendidikan tinggi (IPT) sama ada awam atau swasta di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

Ia adalah selari dengan saranan menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang mahukan suara serta keperluan mahasiswa diambil kira dalam merangka garis panduan tersebut.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok