SMK Shah Alam laung amaran awal apabila merangkul Piala Sumbangsih Kejohanan Piala Datuk Mokhtar Dahari B-18. FOTO: ROSLI TALIB
SMK Shah Alam laung amaran awal apabila merangkul Piala Sumbangsih Kejohanan Piala Datuk Mokhtar Dahari B-18. FOTO: ROSLI TALIB

SMK Shah Alam mulakan langkah dengan pesta gol

ZURAIMEE ZAINALZURAIMEE ZAINAL
22 Aug 2025 09:30pm

Penyandang juara, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Shah Alam memulakan misi mempertahankan kejuaraan dengan penuh bergaya apabila membelasah SMK Dato’ Harun 5-1 pada aksi Piala Sumbangsih, tirai pembukaan Kejohanan Piala Datuk Mokhtar Dahari Bawah 18 Tahun (B-18) 2025 di Padang Sintetik Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Seksyen 19, Selangor pada Khamis.

Skuad bimbingan Osmera Omaro tidak menunggu lama apabila pemain lincah sensasi, Vincenzo Oliveo D’Dozzel Donny membuka tirai jaringan seawal minit keempat sebelum Muhammad Hadif Mohamad Hazzuar menambah gol kedua enam minit kemudian.

Vincenzo terus mencuri tumpuan dengan meledak gol peribadi keduanya pada minit ke-16 manakala Muhammad Danish Harith Muhammad Zakri menambah derita lawan dengan gol keempat pada minit ke-19 untuk meletakkan tuan rumah selesa mendahului 4-0.

Kejayaan merangkul Piala Sumbangsih menjadi pembakar semangat buat SMK Shah Alam dalam misi mempertahankan kejuaraan Piala Datuk Mokhtar Dahari B-15 tahun ini. FOTO: ROSLI TALIB
Kejayaan merangkul Piala Sumbangsih menjadi pembakar semangat buat SMK Shah Alam dalam misi mempertahankan kejuaraan Piala Datuk Mokhtar Dahari B-15 tahun ini. FOTO: ROSLI TALIB

SMK Dato’ Harun akhirnya berjaya merapatkan jurang menerusi jaringan Nor Ikhwan Norisham pada minit ke-34, sekali gus menghidupkan sedikit harapan sebelum rehat.

Namun, segala usaha kebangkitan terkubur selepas Danish Harith kembali menemui sentuhan jaringan pada minit ke-51 untuk melengkapkan kemenangan penuh bergaya 5-1 buat juara bertahan.

Sebagai rekod, SMK Shah Alam diundi dalam Kumpulan A bersama SMK Bukit Rahman Putra, SMK Sultan Abdul Samad dan SMK Telok Panglima Garang. SMK Dato’ Harun pula berada dalam Kumpulan C bersama SMK Sungai Besar, SMK Meru dan SMK Seksyen 4 Kota Damansara.

Artikel Berkaitan:

SMK Dato' Harun naib juara Piala Sumbangsih selepas tewas kepada SMK Shah Alam. FOTO: ROSLI TALIB
SMK Dato' Harun naib juara Piala Sumbangsih selepas tewas kepada SMK Shah Alam. FOTO: ROSLI TALIB

Majlis penyampaian hadiah Piala Sumbangsih disempurnakan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Kewangan & Perkhidmatan Korporat) Kumpulan Perangsang Selangor (KPS) Berhad, Suzila Khairuddin.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Induk Kejohanan, Datuk Emran Kadir; Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Mohd Fauzi Mohd Yatim dan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Induk Kejohanan, Hashim Anang.

Kejohanan kali ini mendapat suntikan tajaan RM225,000 daripada KPS meliputi Piala Datuk Mokhtar Dahari B-18 dan Piala Raja Muda Selangor B-12, manakala Sinar Harian bertindak sebagai media rasmi.

FOTO: ROSLI TALIB
FOTO: ROSLI TALIB

Vincenzo meledak dua jaringan ketika berdepan SMK Dato' Harun. FOTO: ROSLI TALIB
Vincenzo meledak dua jaringan ketika berdepan SMK Dato' Harun. FOTO: ROSLI TALIB

FOTO: ROSLI TALIB
FOTO: ROSLI TALIB

FOTO: ROSLI TALIB
FOTO: ROSLI TALIB

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp