Rosli (kanan) sewaktu menerima anugerah bagi pihak MSU di Petaling Jaya, baru-baru ini.
Rosli (kanan) sewaktu menerima anugerah bagi pihak MSU di Petaling Jaya, baru-baru ini.

MSU terima Emas Putra Aria Brand Awards 2024

NURBAYA ABDUL REZAKNURBAYA ABDUL REZAK
27 Jan 2025 09:00am

Management and Science University (MSU) selaku antara institusi pendidikan tinggi terbaik yang mengungguli Putra Aria Brand Awards 2024 bagi kategori Pendidikan dan Pengajaran.

MSU diiktiraf sebagai penerima Anugerah Emas dalam satu majlis yang berlangsung di sebuah hotel terkemuka di Petaling Jaya, baharu-baharu ini.

Universiti itu juga merupakan penerima Anugerah Perak dan Anugerah Gangsa masing-masing bagi Putra Aria Brand Awards 2023 dan Putra Aria Brand Awards 2022.

Hadir menerima anugerah bagi pihak MSU ialah Naib Presiden Kanan Endowmen dan Komunikasi, Datuk Rosli Yusof.

Pengiktirafan ini membuktikan komitmen berterusan MSU dalam membina jenama pendidikan tinggi yang dekat dan dipercayai di Malaysia serta di peringkat global.

Anugerah itu juga sedikit sebanyak memberi motivasi kepada warga universiti untuk terus memperkasakan kualiti pendidikan melalui kaedah pengajaran dan pembelajaran abad ke-21, ke arah melahirkan graduan yang seimbang, kompeten dan versatil selaras dengan moto universiti iaitu Transforming Lives, Enriching Future.

Pencapaian ini juga merupakan penanda aras kepada pencapaian MSU dalam kepada enam indikator iaitu industri dan kebolehpasaran, keusahawanan, pengantarabangsaan, penyelidikan, program lestari dan komuniti serta pendidikan fleksibel dan pembelajaran sepanjang hayat.

Untuk rekod, Putra Aria Brand Awards merupakan inisiatif Persatuan Ejen-ejen Pengiklanan Bertauliah Malaysia (4As) untuk mengiktiraf jenama yang paling dekat di hati rakyat Malaysia dengan penilaian berdasarkan pilihan pengguna serta mendapat pengesahan daripada Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade).

Artikel Berkaitan:

Pemenang dipilih melalui kajian membabitkan sekurang-kurangnya 6,000 pengguna di Malaysia bagi menentukan jenama kegemaran negara dalam pelbagai kategori.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp