Mohd Shukri (tengah) menerima Global Sustainability Lifetime Award sempena ICSG '24 sekali gus menandakan pengiktirafan antarabangsa MSU dalam mencapai agenda SDG.
Mohd Shukri (tengah) menerima Global Sustainability Lifetime Award sempena ICSG '24 sekali gus menandakan pengiktirafan antarabangsa MSU dalam mencapai agenda SDG.

MSU terima pengiktirafan antarabangsa

Dianugerahkan Global Sustainability Gold Award melalui agenda SDG

26 Feb 2024 11:51am
A
A
A

Management and Science University (MSU) terus mengukuhkan inisiatifnya mencapai Matlamat Pembangunan Mampan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN-SDG) menerusi pelaksanaan pelbagai program dalam kalangan komuniti kampus dan setempat.

Inisiatif MSU untuk mencapai agenda itu terserlah apabila menerima pengiktirafan International Conference on Sustainable Globalization 2024 (ICSG ‘24) menerusi Global Sustainability Gold Award.

Lebih membanggakan, Presiden MSU, Profesor Tan Sri Dr Mohd Shukri Ab Yajid turut diumumkan sebagai penerima Global Sustainability Lifetime Award, sekali gus membuktikan kepimpinan serta idea beliau yang bernas dalam memastikan hala tuju mampan universiti itu.

MSU dalam satu kenyataan rasmi pada Rabu memaklumkan, inisiatif universiti itu mencapai SDG melibatkan pelaksanaan aktiviti impak tinggi dalam pelbagai bidang utama yang diperlukan.

“Antara bidang itu merangkumi penyelidikan, penerbitan, pendidikan berkualiti, pelajar serta aktiviti jalinan komuniti.

“Perlaksanaan aktiviti-aktiviti ini telah mengukuhkan pelbagai aspek inklusiviti merentasi etnik dan kebudayaan,” maklum MSU.

Menurut MSU, pencapaian dan pengiktirafan itu merupakan kesinambungan kecemerlangan universiti tersebut khususnya dalam aspek SDG yang pernah dicapai antaranya Global Green University of the Year 2023 oleh Accreditation Council for Entrepreneurial and Engaged Universities (ACEEU) Triple E Awards.

Selain itu, MSU pernah menerima Diamond Award 2023 daripada Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation (MGTC) dan Duty of Care to the Environment Award 2023 oleh Accreditation Service for Schools, Colleges and Universities (ASIC).

Artikel Berkaitan:

Malah, MSU pernah memenangi Nature Positive Category dan berada dalam senarai finalis Diversity, Equity And Inclusion in Sustainability Category dalam International Green Gown Award 2023.

Pada masa sama, MSU turut berada dalam ranking 401 terbaik dunia dalam senarai Times Higher Education for Impact Ranking 2023.

Untuk rekod, ICSG ‘24 merupakan persidangan antarabangsa yang diadakan setiap tahun dan menjadi forum bagi akademik, kerajaan, masyarakat, agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu serta sektor swasta untuk berkongsi penyelesaian praktikal untuk mencapai SDG.

Tahun ini, ICSG yang bertemakan ‘Smart Communities’ diadakan di Colombo, Sri Lanka pada 12 hingga 14 Januari lalu.

Ia turut mendapat kerjasama University of Wisconsin Parkside, Amerika Syarikat; Ostfalia University of Applied Sciences (Jerman), Mahatma Gandhi University, Kerala (India) dan Saint-Petersburg State University of Economics dari Rusia.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok