MSU anjur iMPacHS ke-21
Promosi kemahiran penyelidikan, inovasi sains kesihatan
Management and Science University (MSU) menerusi Faculty of Health & Life Sciences (FHLS), International Medical School (IMS) serta School of Pharmacy (SPH) menganjurkan International Medical, Pharmaceutical, Cosmeceutical and Health Science Symposium (iMPaCHS) bagi edisi ke-21, siri pertama bagi tahun 2024.
Simposium dengan tema Health Beyond Borders: Global Perspective on Medical Excellence itu dirasmikan dengan jayanya oleh Presiden MSU, Profesor Tan Sri Dr Mohd Shukri Ab Yajid dan disaksikan barisan pengurusan kanan universiti, ahli akademik serta para peserta.iMPacHS ke-21 yang berlangsung pada 3 Januari lalu, menyaksikan penyertaan 86 pembentang yang terdiri daripada 56 peserta tempatan dan 30 peserta antarabangsa.
Selain itu, simposium turut disertai rakan strategik MSU dari institusi pengajian tinggi di India yang terdiri dari Mandsaur University, Hemwati Nandan Bahuguna Garhwal University, Girijananda Chowdhury University, KMCH College of Pharmacy, Amity University (Noida) dan Suresh Gyan Vihar University (Rajasthan).
Ia turut disertai rakan MSU daripada institusi pengajian tinggi di Indonesia, Arab Saudi dan Nepal meliputi Poltekes Surakarta, Jakarta Global University, Universitas Muhammadiyah, Universitas Hang Tuah, Tadulako University, Universitas Airlangga, Qassim University serta Pokhara University.
Dalam simposium itu, sebanyak 14 pembentangan telah diadakan termasuk 30 poster dan 42 e-poster merangkumi kategori seperti Best Oral Presentation, Best Local Research, Best International Research, Best Poster Presenter, Best e-Poster serta Junainah Merit Award.
Sementara itu, ucaptama iMPacHS ke-21 disampaikan oleh Pengarah Pertanian Negeri Selangor, Azahar Ibrahim dan Wakil Henan University of Chinese Medicine (HUCM), Katrina Tan.
Simposium menyaksikan pelajar program Bachelor in Nutrition (Hons), Gan Jes See menerima Junainah Merit Award melalui kajiannya bertajuk ‘Food Security and its Association with Food Neophobia and Nutritional Index Among Adults in Klang Valley, Malaysia’.
Bagi kategori Best Oral Presentation, ia dimenangi pelajar program Bachelor of Biomedical Science (Hons), Nurul Anisa Mohd Ridza, melalui ‘Determination of Insecticide Resistance Status of Mosquito Population of Selangor, Using Enzyme Biochemical Assay’.
Manakala sebagai pengiktirafan usaha MSU memperkasakan ekosistem penyelidikan serta projek yang berteraskan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG), AIA-KN Prince Agency yang diwakili Lim Tian Seng telah menyumbang RM10,000 kepada Yayasan MSU.