Pasukan IKM Lumut bawa pulang pingat emas menerusi inovasi Portable MultiLifter.
Pasukan IKM Lumut bawa pulang pingat emas menerusi inovasi Portable MultiLifter.

Pasukan IKM Lumut raih pingat emas di NICE 2024

ROSHLAWATY MD RAIEH
29 Apr 2024 05:08pm
A
A
A

Pasukan Institut Kemahiran MARA (IKM) Lumut, Perak melakar sejarah dengan memenangi pingat emas dalam National Innovation Competition In Education (NICE) 2024 di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kota Bharu, Kelantan baru-baru ini.

Pasukan yang dianggotai Abul Haziq Subana, Abdullah Razak Abdullah Halim, Muhamad Idham Muhamad Nasir dan Muhamad Nazrin Shah Suhairi Sani membangunkan Portable MultiLifter iaitu inovasi yang membantu memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran.

Difahamkan, inovasi ini bakal memberikan impak positif yang besar kepada kemudahan pengajaran dan pembelajaran, demikian hantaran yang dipetik menerusi Facebook IKM Lumut [Official Pages].

Pasukan yang mendapat bimbingan dua individu hebat dan berpengalaman iaitu Norazlina Mohd Nasir dan Ahmed Muzaffar Malik melahirkan hasrat untuk terus membangunkan lebih banyak inovasi dalam pendidikan sekali gus meningkatkan kedudukan negara di persaingan global.

No Image Caption

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya mengucapkan tahniah atas kejayaan yang diraih oleh pasukan terbabit.

"Tahniah kepada pasukan IKM Lumut atas pencapaian cemerlang mereka dalam NICE 2024. Semoga kejayaan ini menjadi dorongan kepada pelajar lain untuk terus berinovasi dan mencipta perubahan yang positif dalam bidang pendidikan dan teknologi,” catat Facebook IKM Lumut.

“Alhamdulillah, tahniah buat semua pelajar dan pengajar IKM Lumut yang berusaha untuk kejayaan ini. Semoga terus berjaya dengan lebih cemerlang. Terbaik semua.” tulis Amron Rozi.

Artikel Berkaitan:

“Tahniah IKM lumut, saya batch 91-93 elektrik," ujar Razali Shahidan.

“Tahniah IKM Lumut," kata Nurhidayah Rahim.

“Terbaik," ujar Muzhaffar Malek.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok