Muhammad Iman ketika menjayakan konsert tahunan orkestra Cina 'The Westward Voyage' awal Februari lalu.
Muhammad Iman ketika menjayakan konsert tahunan orkestra Cina 'The Westward Voyage' awal Februari lalu.

Pelajar Melayu muncul dalam orkestra Cina sebagai pemain alat muzik. Luar biasa!

ROSHLAWATY MD RAIEHROSHLAWATY MD RAIEH
11 Mar 2025 02:57pm

Orkestra Cina ialah kumpulan muzik yang memainkan lagu-lagu menggunakan alat muzik tradisional Cina.

Ia merupakan satu bentuk ensembel muzik yang menyerupai orkestra Barat tetapi menggunakan instrumen tradisional Cina seperti erhu (biola dua tali), pipa (gitar berbentuk pir), guzheng (kecapi), dizi (seruling buluh) dan yangqin (dulcimer Cina).

Kebiasaannya, pelajar Cina yang mempunyai bakat dan kebolehan bermain alat muzik, akan terlibat dalam orkestra ini.

Bagi pelajar berkenaan, dengan menyertai orkestra, mereka dapat memastikan seni muzik Cina terus berkembang dan diwarisi generasi akan datang.

Baru-baru ini, konsert tahunan orkestra Cina The Westward Voyage di Politeknik Temasek, Singapura mengejutkan ramai apabila salah seorang pemain alat muziknya adalah pelajar Melayu.

Difahamkan, Muhammad Iman Mohamed Irfan, 18, yang belajar di politeknik itu merupakan satu-satunya pelajar Melayu menyertai orkestra Cina tersebut.

Muhammad Iman
Muhammad Iman

Dengan memainkan alat muzik dizi, Muhammad Iman bagaikan pemain profesional ketika membawakan lagu Boundless Oceans, Vast Skies dalam orkestra berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Menurut pelajar jurusan Kejuruteraan Kimia, Politeknik Temasek ini, minat terhadap muzik tradisional Cina berputik ketika dia berusia 12 tahun.

"Ketika itu, saya sekadar mahu mencuba beberapa alat muzik tradisional Cina yang sering dilihat di YouTube.

Seramai 50 penuntut Politeknik Temasek menyertai ;The Westward Voyage' termasuklah satu-satunya pelajar Melayu iaitu Muhammad Iman.
Seramai 50 penuntut Politeknik Temasek menyertai ;The Westward Voyage' termasuklah satu-satunya pelajar Melayu iaitu Muhammad Iman.

"Tak sangka pula, jatuh hati dengan alat muzik mereka sehinggalah saya memberanikan diri menyertai kumpulan Orkestra Cina Politeknik Temasek (TPCO) untuk mendalami dengan lebih lanjut," katanya.

Akhir sekali, Muhammad Iman melahirkan hasrat mahu menimba sebanyak mungkin ilmu dan pengalaman sekali gus menjadi inspirasi kepada orang lain untuk menghargai kepelbagaian budaya dalam dunia muzik Cina.

Sumber: BERITAmediacorp

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp