Pelajar TVET Malaysia dapat pendedahan teknologi luar negara
Seramai 120 peserta dari dalam dan luar negara sertai Seminar: TVET Towards IR4.0 (Digitalization of the Teaching Factory) anjuran syarikat Advance Retro Solution Sdn. Bhd (ARS).
Ketua Pegawainya, Mohd Nizam Morad berkata, peserta seminar tersebut terdiri daripada pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT), Institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) seperti Japan Malaysia Technical Institute (JMTI), Advanced Technology Training Centre (ADTEC) dan Institut Latihan Perindustrian (ILP).
Turut termasuk, pelajar Politeknik, Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN), Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Mara Japan Industrial Institut (MJII), Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM), Institut Kemahiran MARA (IKM), KV dan lain- lain agensi.
Jelas beliau, seminar itu dianjurkan sebagai memenuhi keperluan industri yang kini sudah berhadapan dengan perubahan teknologi.
“Secara tidak langsung penganjuran seminar ini dapat meningkatkan keberhasilan latihan kemahiran TVET dengan menyediakan modal insan berkemahiran tinggi khususnya dalam kalangan belia di negara ini,” ujar Mohd Nizam dalam satu kenyataan pada Isnin.
Sementara itu, Pengarah Koordinasi TVET, Kementerian Sumber Manusia (KSM), Dr Mohd Faizal Tokeran berharap kerjasama ARS, Yalong China dan ILJTM melalui JMTI ini akan memanfaatkan ‘Robot Simulator’ bagi tujuan percubaan dalam tempoh tiga bulan merangkumi latihan ‘robot programming’ serta ‘simulator’ yang merupakan satu kaedah pengajaran secara efektif.
“Saya juga dimaklumkan latihan aplikasi akan diberi secara percuma kepada tenaga pengajar JMTI termasuk fasa seterusnya iaitu peranan ‘Robot Simulator’ dalam proses ‘Digital Twin’ dengan robot industri, dan juga ‘IR4.0 Teaching Factory’ dan integrasi dengan teknologi IOT,” katanya.
Menyentuh mengenai seminar dan Perjanjian Kerjasama Pintar antara Malaysia dengan China yang termeterai antara Kolej Universiti TATI (TATIUC), Terengganu, Malaysia bersama Zhejiang Industry & Trade Vocational College meliputi aspek perkongsian teknologi, pertukaran tenaga pengajar dan pelajar pastinya akan menyokong dari segi teknikal dan solusi TVET nanti.
Moga kerjasama antara ARS dan Yalong bagi melengkapi sebuah makmal Teaching Factory serba canggih selaras dengan perkembangan atau kemajuan teknologi TVET antarabangsa menjadi landasan terbaik dalam menyokong aspirasi kementerian memperkukuhnya di Malaysia sekali gus dapat memacu negara ke arah kecemerlangan dan pembangunan negara kita yang tercinta.
“Kerajaan percaya kerjasamai ini dapat mewujudkan tenaga kerja pakar baharu dalam mempelajari teknologi terkini yang mempunyai kesan limpahan yang mampu menggalakkan pertumbuhan ekonomi, teknologi di sektor ain seperti pertanian, pembinaan, kesihatan, perkhidmatan bagi membantu mewujudkan lebih banyak pekerjaan berkemahiran tinggi menawarkan gaji setimpal,” ulasnya.