Beberapa pelajar Kolej Komuniti Paya Besar (jersi biru/merah, barisan hadapan) bersama pemain industri minyak dan gas yang terdiri daripada wakil D'Mega International Sdn Bhd, Petronas, Lynas dan Kosan Paint.
Beberapa pelajar Kolej Komuniti Paya Besar (jersi biru/merah, barisan hadapan) bersama pemain industri minyak dan gas yang terdiri daripada wakil D'Mega International Sdn Bhd, Petronas, Lynas dan Kosan Paint.

Peluang keemasan tujuh pelajar teroka dunia industri minyak dan gas

ROSHLAWATY MD RAIEHROSHLAWATY MD RAIEH
13 Nov 2024 11:48am

Seramai tujuh pelajar semester akhir Sijil Teknologi Elektrik, Kolej Komuniti Paya Besar, Gambang, Pahang bertuah kerana mendapat pendedahan awal tentang industri minyak dan gas di Kemaman, Terengganu baru-baru ini.

Perkongsian ilmu yang ditimba menerusi D’Mega International Sdn Bhd CSR Program: Hari Terbuka Industri sempena Pengujian Konsep Teknologi Robotik HyroVac itu, dilihat cukup menarik dan bermanfaat untuk diaplikasikan para pelajar dalam dunia kerjaya nanti.

Mereka yang direzekikan dengan pengetahuan Teknologi Robotik HyroVac itu terdiri daripada Muhammad Azhar Mohd Azron, Muhamad Irwan Hasbi, Muhammad Farizal Hafiz Mohamad Fauzi, Muhammad Reaza Haqimi Mohd Suhaimi, Ahmad Najwan Albukhare, Muhammad Hanif Hussaini Hisyamzar dan Muhamad Zaki Azman.

Menurut Pengarah Urusan D’Mega International Sdn Bhd, Sajali Tajudin, penganjuran program ilmiah tersebut bertujuan memberi gambaran lebih jelas tentang cabaran, peluang dalam sektor penyelenggaraan industri minyak dan gas kepada pelajar serta pengunjung yang hadir.

"Untuk makluman, Robotik HyroVac ini hanya terdapat dua sahaja di Asia Tenggara iaitu di Taiwan dan di Malaysia.

"Sebagai satu-satunya syarikat yang mempunyai teknologi sebegini di negara ini, kami amat gembira kerana dapat mempamerkan pengujian jet air Ultra High Pressure (UHP) sepanjang program berlangsung.

Sajali
Sajali

"Lebih mengujakan lagi apabila jet air UHP ini diperlihatkan kepada bakal tenaga mahir Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang terdiri anak-anak muda dari Kolej Komuniti Paya Besar,” katanya dengan menambah, pengujian dilakukan wakil Petronas sambil disaksikan wakil Dialog Plant Services Sdn Bhd, Kaneka Malaysia Sdn Bhd, RWNA Engineering Sdn Bhd, OEG Offshore, Petronas Carigali Sdn Bhd dan beberapa pemain industri lain.

Artikel Berkaitan:

Ujar Sajali lagi, pengunaan Teknologi Robotik HyroVac dapat mengurangkan pendedahan manusia kepada risiko berbahaya ketika penyediaan permukaan malah teknologi itu juga adalah satu penyelesaian hijau dalam mengurangkan kesan terhadap alam sekitar.

Teknologi Robotik HydroVac D'Mega International Sdn Bhd ketika pengujian dijalankan.
Teknologi Robotik HydroVac D'Mega International Sdn Bhd ketika pengujian dijalankan.

Mengulas lanjut, beliau berkata, hubungan akrab antara pihak industri dan institusi yang menawarkan program TVET sangat penting terutama dalam sektor minyak dan gas.

"Hari ini, mereka (pelajar) dapat menyaksikan sendiri keupayaan prestasi Robotik HyroVac dalam pengunaan permukaan dan perbezaannya jika kerja dilakukan secara manual.

"Menerusi pengunaan teknologi ini, pastinya bekalan sumber tenaga mahir dan profesional negara bertambah kerana operasi teknologi berkenaan memerlukan sijil kemahiran yang bertauliah,” jelasnya.

Salah seorang wakil Petronas melihat dengan lebih dekat Teknologi Robotik Hydrovac dijalankan.
Salah seorang wakil Petronas melihat dengan lebih dekat Teknologi Robotik Hydrovac dijalankan.



Pemerhatian Pengujian Teknologi Robotik HydroVac.
Pemerhatian Pengujian Teknologi Robotik HydroVac.



No Image Caption

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp