Graduan bidang teknologi farmaseutikal berupaya memperoleh jaminan kerjaya selepas menamatkan pengajian melalui kerjasama pintar MSU dengan lebih 2,000 rakan industri di bawah UIAP.
Graduan bidang teknologi farmaseutikal berupaya memperoleh jaminan kerjaya selepas menamatkan pengajian melalui kerjasama pintar MSU dengan lebih 2,000 rakan industri di bawah UIAP.

Peluang kerjaya luas dengan teknologi farmaseutikal MSU

29 Apr 2024 10:05am
A
A
A

Management and Science University (MSU) menawarkan peluang kepada para pelajar lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), matrikulasi dan diploma melanjutkan pengajian mereka di peringkat Ijazah Sarjana Muda Teknologi Farmaseutikal.

Dengan tempoh pengajian selama tiga tahun enam bulan, bidang teknologi farmaseutikal merupakan cabang penting dalam disiplin sains kesihatan yang mendapat permintaan yang tinggi dalam industri ketika ini meliputi sektor swasta mahu pun sektor awam.

“Program di bawah School of Pharmacy ini memfokuskan kepada penghasilan perubatan tradisional dan moden merangkumi produk farmaseutikal serta nutraseutikal, di samping menitikberatkan elemen Amalan Pengilangan Baik (GMP).

“Pelajar juga didedahkan dengan aspek teori dan amali berhubung ilmu kejuruteraan farmasi, teknologi dalam pembuatan perubatan serta keusahawanan dengan menyeluruh.

“Selain itu, program ini turut mendedahkan kepada pelajar proses daripada pembangunan produk, pembungkusan, kawalan kualiti, pengilangan dan pengurusan makmal, pengurusan pengedaran stok produk serta reka bentuk proses kerja,” jelas MSU dalam satu kenyataan pada Khamis.

Pada masa sama, MSU menyediakan kemudahan prasarana serta persekitaran pembelajaran yang kondusif kepada para pelajar, sekali gus mendekatkan mereka dengan pengalaman sebenar industri menerusi kerjasama strategik universiti itu dengan rakan-rakan strategik di peringkat tempatan dan global melalui

Malah, dari segi kebolehpasaran, graduan program Ijazah Sarjana Muda Teknologi Farmaseutikal berupaya memperoleh jaminan kerjaya selepas menamatkan pengajian mereka melalui kerjasama pintar MSU dengan lebih 2,000 rakan industri di bawah University Industry Advisory Panel (UIAP).

“Berdasarkan Kajian Pengesanan Graduan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), kebolehpasaran graduan MSU berada pada tahap 99 peratus dan merupakan tertinggi dalam kalangan graduan institusi pengajian tinggi di Malaysia,” jelas MSU.

Artikel Berkaitan:

Selain program Ijazah Sarjana Muda Teknologi Farmaseutikal, School of Pharmacy turut menawarkan program Ijazah Sarjana Muda dan Diploma dalam bidang pengkhususan seperti Farmasi dan Perubatan Tradisional Cina.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok