Program SciVerse memberi pendedahan awal berhubung konsep asas STEM.
Program SciVerse memberi pendedahan awal berhubung konsep asas STEM.

Pemerkasaan STEM, 150 murid SK Puchong Utama 3 sertai program SciVerse

NADZARUL AMIR ZAINAL AZAMNADZARUL AMIR ZAINAL AZAM
07 Feb 2023 01:02pm

Pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) merupakan antara intipati penting dalam menjadikan Malaysia sebagai negara maju.

Melalui pendedahan awal di peringkat akar umbi, ia dapat membantu menarik minat generasi masa depan menguasai STEM.

Justeru itu, seramai 29 mahasiswa sukarelawan Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee (KMB) Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menganjurkan program SciVerse di Sekolah Kebangsaan Puchong Utama 3, Selangor baru-baru ini.

Pengarah program, Kavitha Banu berkata, program berkenaan memberi pendedahan awal berhubung konsep asas STEM seperti eksperimen lampu, pembakaran api dan getaran bunyi.

Program tersebut menarik hampir 150 murid Tahun Dua sekolah terbabit.
Program tersebut menarik hampir 150 murid Tahun Dua sekolah terbabit.

“Program tersebut menarik hampir 150 murid Tahun Dua sekolah terbabit dan mereka sangat teruja apabila berpeluang mengambil bahagian dalam aktivit-aktiviti yang dirangka sepanjang program berlangsung.

“Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan termasuk eksperimen ringkas, kuiz interaktif dan stesen permainan mini.

“Penganjuran program ini selaras dengan Pelan Strategik UPM 2021-2025, Matlamat 1, Melahirkan Watak Graduan Berdaya Tahan Mendepani Cabaran Mendatang,” ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Seramai 29 mahasiswa sukarelawan KMB UPM telah menganjurkan program SciVerse di Sekolah Kebangsaan Puchong Utama 3, Selangor baru-baru ini.
Seramai 29 mahasiswa sukarelawan KMB UPM telah menganjurkan program SciVerse di Sekolah Kebangsaan Puchong Utama 3, Selangor baru-baru ini.

Program tersebut turut dihadiri Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Petaling Perdana, Sektor Pembelajaran, Abdul Rahim Khalid; Guru Besar SK Puchong Utama 3, Zunainah Mahatb dan Pengetua KMB, Profesor Madya Dr Jasronita Jasni.

Sementara itu, Jasronita berharap sinergi bersama KMB UPM dan sekolah ini dapat menambah minat baharu murid dalam bidang STEM.

Tuturnya, ia juga dapat meningkatkan daya saing dalam bidang sains dan teknologi dalam kalangan murid-murid.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp