UPSI lakar satu lagi sejarah

09 Feb 2024 11:47am

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menenempa sejarah tersendiri apabila menerima sijil pengiktirafan dalam program Cabaran Bandar Rendah Karbon 2030 (LCC2030c).

Dekan Fakulti Sains Kemanusiaan (FSK), Profesor Madya Ts Dr Nor Kalsum Mohd Isa berkata, pengiktirafan di bawah Kementerian Sumber Asli dan Perubahan Iklim (NRECC) itu melibatkan provisional certificate di bawah kategori rakan kongsi iaitu FSK dan Fakulti Sains dan Matematik, UPSI.

"Kedua-dua fakulti ini menyasarkan pengurangan karbon sehingga 45 peratus melalui pengurusan sisa dan penghijauan persekitaran.

"UPSI sememangnya berhasrat untuk terus komited terhadap pengurangan pelepasan karbon di seluruh kawasan kampus," katanya selepas majlis pengiktirafan yang diadakan di M Resort & Hotel, Kuala Lumpur awal Februari ini.

Untuk rekod sijil pengiktirafan disampai oleh Meneri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad kepada Naib Canselor UPSI, Profesor Datuk Dr Md Amin Md Taff dan Nor Kalsum.

Artikel Berkaitan:
Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp