Muhammad Syahrulnizam tekun mengikuti pembelajaran secara dalam talian biarpun sedang menjalani latihan penyesuaian diri gunung salji di tengah Banjaran Himalaya.
Muhammad Syahrulnizam tekun mengikuti pembelajaran secara dalam talian biarpun sedang menjalani latihan penyesuaian diri gunung salji di tengah Banjaran Himalaya.

Pendaki solo tetap hadir kelas online walau jauh di Nepal

ROSHLAWATY MD RAIEH
19 Mar 2024 02:40pm
A
A
A

Biarpun sedang menjalani latihan penyesuaian diri gunung salji di tengah Banjaran Himalaya bagi persediaan Misi Everest 2025 di Nepal, mahasiswa dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam, Selangor ini tidak pernah melupakan pelajarannya.

Ia dibuktikan menerusi gambar diterima Sinar Bestari, yang memaparkan penuntut berkenaan sedang mengikuti pembelajaran secara dalam talian mulai hari ini (Selasa).

Pendaki solo (Junior), Muhammad Syahrulnizam Mohd Noor, 19, yang merupakan penuntut Diploma Pengurusan Sukan Dan Rekreasi, Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi, tidak mahu ketinggalan menghadiri kelasnya walaupun tidak berada di kampus.

Difahamkan, pemuda ini mengikuti kelas online terlebih dahulu sebelum bergerak meninggalkan Thorong La Phedi untuk turun ke Yak Kharka, di paras ketinggian 4,040 meter yang mengambil masa perjalanan sehingga enam jam.

Sebelum itu, Muhammad Syahrulnizam telah berjaya menjejak kaki Tilicho Lake yang tertinggi di dunia iaitu 4,919 meter walaupun dalam salji tebal dengan suhu -18°C, 14 Mac lalu.

No Image Caption

Walaupun sedang menjalani ibadah puasa, namun ia tidak sedikitpun mematahkan semangat beliau demi Misi Everest 2025 anjuran Jejak Pensolo dengan kerjasama Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi, UiTM Shah Alam, Pertubuhan Nadi Sihat dan Diem Duroil.

Muhammad Syahrulnizam yang memulakan trekking 13 Mac lalu dari Khangsar, dengan paras ketinggian 3,756 meter pada ke Tilicho Lake Base Camp setinggi 4,160 meter dan keesokkan harinya, telah bergerak naik dan turun ke Tilicho Lake dalam keadaan yang bersalji selama tujuh jam.

Artikel Berkaitan:

Sementara pada 15 Mac, mahasiswa berani ini meninggalkan Tilicho Base Camp trekking ke Yak Kharka dengan perjalanan selama lapan jam.

Selepas membuat penyesuaian diri di Thorong La Phedi setinggi 4,450 meter, pendakian diteruskan ke Thorong La Pass setinggi 5,416 meter sekiranya cuaca baik.

Bagaimanapun, cuaca yang terlalu sejuk melebihi -20 darjah Celsius dan bersalji tebal sekitar Thorong La Phedi menyebabkan trek pendakian ke Thorong La Pass tertimbus salji, sekali gus membuatkan ramai pendaki lain berpatah balik kerana merbahaya.

No Image Caption

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok