Sebahagian peserta yang menyertai program Semarak Siswa Madani di Kampung Gunung Senyum, baru-baru ini.
Sebahagian peserta yang menyertai program Semarak Siswa Madani di Kampung Gunung Senyum, baru-baru ini.

Pengalaman bersama keluarga angkat di pedalaman

ROSHLAWATY MD RAIEH
08 Dec 2023 02:23pm
A
A
A

Seramai 55 mahasiswa dari Kelab Ikon Muaddib Universiti Teknologi MARA (UiTM) diagihkan kepada keluarga angkat di Kampung Gunung Senyum, Kuala Krau, Pahang menerusi program Semarak Siswa Madani.

Menurut Timbalan Rektor (Hal Ehwal Pelajar), UiTM, Dr Mohd Kamal Azman Jusoh, penyerahan penuntut adalah untuk memberi peluang kepada mereka menimba pengalaman dan kemahiran bersama keluarga angkat dan masyarakat kampung di sana.

“Program ini diisi beberapa aktiviti bermanfaat sekali gus membuka ruang kepada mahasiswa mempraktikkan teori yang dipelajari di kampus dalam situasi kehidupan sebenar.

“Program itu juga bermatlamat menggalakkan amalan nilai dan adab terpuji kepada penuntut yang menyertai Semarak Siswa Madani tersebut,” ujarnya.

Sementara itu, Timbalan Dekan (Hal Ehwal Pelajar), Fakulti Pendidikan, UiTM, Dr Zarizi Ab Rahman menyifatkan, Semarak Siswa Madani perlu diteruskan kelak kerana ia mampu melahirkan warganegara berjiwa besar, patriotik dan cintakan tanah air

“Secara keseluruhan, program ini berjaya mewujudkan persefahaman, pengukuhan jati diri, impak toleransi dan ikatan perpaduan yang lebih utuh.

“Mendekati masyarakat melalui aktiviti secara bersama juga melahirkan perasaan bertimbang rasa dan menyayangi orang lain khususnya orang kurang upaya (OKU) serta warga tua,” ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok