Semoga rohnya dicucuri rahmat oleh ALLAH dan ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman serta beramal soleh. Kredit foto: Facebook Zambry Abd. Kadir
Semoga rohnya dicucuri rahmat oleh ALLAH dan ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman serta beramal soleh. Kredit foto: Facebook Zambry Abd. Kadir

Zambry ucap takziah kepada keluarga mangsa

ROSHLAWATY MD RAIEHROSHLAWATY MD RAIEH
28 Dec 2023 11:25am

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir merakamkan ucapan takziah kepada keluarga penuntut universiti yang maut, Selasa lalu, selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 34 sebuah kondominium di Jalan Raja Abdullah, Kampung Baru, Kuala Lumpur.

“Seluruh warga Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Saudara Adly Zarkasyi Alzafry, penuntut Tahun Satu (Semester Dua), Diploma Teknologi Maklumat, Universiti Kuala Lumpur - Malaysian Institute of Information Technology (UniKL MIIT).

“Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman,” kata Zambry menerusi laman Facebooknya, pada Rabu.

Sebelum itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya mengesahkan pihaknya menerima laporan mengenai kejadian tersebut pada jam 8.17 malam, Selasa.

Katanya, allahyarham ditemukan di tingkat bawah bangunan setinggi 39 tingkat berkenaan.

"Hasil soal siasat mendapati mangsa ingin mengambil sehelai baju-T yang terjatuh di kaki lima balkoni.

"Dia dikatakan bertindak memanjat sebuah meja dan kemudian memanjat pagar balkoni sekali gus hilang keseimbangan dan terjatuh ke bawah,” jelasnya dalam satu kenyataan.

Artikel Berkaitan:
Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp