Zoraida
Zoraida

Pensyarah USIM terima anugerah kerajaan Jepun

NADZARUL AMIR ZAINAL AZAM
05 May 2023 04:57pm
A
A
A

Dekan Pusat Pengajian Teras, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Profesor Madya Dr Zoraida Mustafa dianugerahkan Dekorasi Imperial ‘Order Of The Rising Sun, Gold and Silver Rays’ daripada kerajaan Jepun baru-baru ini.

Anugerah berkenaan bagi menghargai sumbangan beliau dalam mempromosikan pendidikan bahasa Jepun di negara ini dan persefahaman bersama antara Jepun serta Malaysia.

USIM dalam satu kenyataan berkata, Zoraida merupakan pengasas dan Persatuan Pengajar Bahasa Jepun Malaysia (MAJLIS) yang pertama malah aktif mempromosikan jaringan dalam kalangan pengamal bahasa serta budaya Jepun.

"Beliau pernah mengajar bahasa Jepun di Ambang Asuhan Jepun, Universiti Malaya (UM) sejak 1996 turut terlibat dalam pelbagai aktiviti mempromosikan pendidikan bahasa Jepun serta persefahaman antara Malaysia dan Jepun.

"Selepas berpindah ke USIM, beliau memulakan unit bahasa Jepun dan berkhidmat sebagai Ketua Pusat Bahasa dan Kebudayaan Jepun," kata kenyataan itu lagi.

Kerajaan Jepun baru-baru ini telah mengumumkan penerima Dekorasi Imperial Nasional Asing oleh Maharaja Jepun untuk Anugerah Musim Bunga 2023 bagi menghargai sumbangan cemerlang mereka kepada hubungan Jepun-Malaysia.

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), Datuk Wan Latiff Wan Musa turut menerima anugerah The Order of the Rising Sun, Gold Rays with Neck Ribbon.

Artikel Berkaitan:

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok