No Image Caption

Presiden Angkasa raih PhD dari UUM

MOHAMAD AMREEL IMAN ABD MALEK
25 Jul 2023 05:46pm
A
A
A

Tiga tahun pengajian di Universiti Utara Malaysia (UUM) akhirnya membuahkan hasil apabila berjaya meraih Ijazah Doktor Falsafah (PhD) Pengurusan Pembangunan.

Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa), Datuk Seri Dr Abdul Fattah Abdullah berkata, beliau amat kesyukuran atas kejayaan tersebut.

Abdul Fattah menerima anugerah sempena kejayaan berkenaan pada Majlis Konvokesyen ke-35 UUM pada pada Isnin yang berlangsung di Dewan Mu’adzam Shah di kampus berkenaan.

Majlis penganugerahan itu disempurnakan oleh Raja Muda Kedah, Duli Yang Teramat Mulia Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin yang juga selaku Pro Canselor universiti itu.

"Saya menghargai sokongan keluarga serta warga Angkasa dan pengiktirafan serta kelulusan yang diterima ini bukan semata-mata untuk diri sendiri, tetapi dikembalikan kepada orang ramai khususnya terhadap pembangunan gerakan koperasi," ujarnya yang juga Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lipis, Pahang pada Isnin.

No Image Caption



Beliau menyudahkan Ph.D selama tiga tahun yang diselia oleh Prof Madya Dr Hamidi Ismail dan Prof Madya Dr Zaheruddin Othman.

Majlis Konvokesyen ke-35 UUM tahun ini turut menyaksikan seramai sembilan (9) orang warga kerja Angkasa menerima Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA), iaitu pelajar tajaan yang memulakan pengajian selama dua (2) tahun bermula pada tahun 2020.

Sebagai rekod, program tersebut merupakan tajaan ketiga yang dibiayai sepenuhnya melibatkan seramai 47 pegawai dengan kos bernilai RM846,000 sejak 2014 hingga 2021

Artikel Berkaitan:

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok