Wakil dari Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK), Profesor Madya Dr Akmar Hayati Ahmad Ghazali menerima sumbangan untuk diagihkan kepada staf dan komuniti yang memerlukan.
Wakil dari Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK), Profesor Madya Dr Akmar Hayati Ahmad Ghazali menerima sumbangan untuk diagihkan kepada staf dan komuniti yang memerlukan.

Program Alumni PUTRA Jannah: Agih 3,000 helai pakaian dan tudung raya

AZLEENDA SAHALUDIN
29 Mar 2023 03:44pm
A
A
A

Apabila tibanya Hari Raya Aidilfitri ia menandakan kemenangan buat semua umat Islam yang berjaya menyempurnakan bulan Ramadan dengan jayanya.

Tanpa mengira tua, muda, miskin atau kaya pasti gembira dan teruja meraikan perayaan itu dengan melakukan pelbagai persiapan termasuklah persediaan pakaian baharu untuk dipakai di pagi raya.

Namun lain pula keadaannya dengan mereka yang kurang berkemampuan seperti golongan asnaf dan anak-anak yatim yang tidak mampu membeli apatah lagi memakai pakaian baharu.

Melihat kepada situasi berkenaan, MyFundAction mengambil pendekatan dengan menyumbang 3,000 helai pakaian melalui Pusat Perhubungan Alumni Universiti Putra Malaysia (UPM).

Pakaian tersebut merangkumi baju kanak-kanak, baju wanita dewasa pelbagai size dan pelbagai jenis tudung untuk diagihkan kepada golongan yang memerlukan terutamanya asnaf dan anak-anak yatim.

Timbalan Pengarah, Pusat Perhubungan Alumni UPM, Fahmi Azar Mistar berkata, sumbangan pakaian dalam Program Alumni PUTRA Jannah merupakan satu usahasama komuniti dengan badan bukan kerajaan (NGO) yang bersifat menyeluruh dan meluas.

“Kami mengambil pendekatan konsep ‘berkongsi rezeki’ untuk menyebarluaskan lagi golongan yang dapat dibantu.

“Kami turut melibatkan beberapa rakan strategik lain di UPM antaranya Pejabat Pendaftar; Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee; Kolej Tan Sri Aishah Ghani; Kolej Sepuluh; Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi; Hospital Sultan Abdul Aziz Shah; Pertubuhan Yayasan Salak dan Chapter Alumni Yosh UPM.

Artikel Berkaitan:

“Proses pengagihan ini akan dilaksanakan sebelum umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri nanti,” ujarnya pada majlis simbolik penyerahan yang disempurnakan oleh Naib Canselor UPM, Datuk Profesor Dr Roslan Sulaiman yang turut dihadiri oleh Pengarah Pusat Perhubungan Alumni, Profesor Madya Dr Arba’ie Sujud.

Wakil dari Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK), Profesor Madya Dr Akmar Hayati Ahmad Ghazali menerima sumbangan untuk diagihkan kepada staf dan komuniti yang memerlukan.
Wakil dari Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK), Profesor Madya Dr Akmar Hayati Ahmad Ghazali menerima sumbangan untuk diagihkan kepada staf dan komuniti yang memerlukan.



Danish Khairi (tengah) menerima sijil penghargaan daripada Naib Canselor UPM, Datuk Profesor Dr Roslan Sulaiman atas kerjasama Program Alumni PUTRA Jannah.
Danish Khairi (tengah) menerima sijil penghargaan daripada Naib Canselor UPM, Datuk Profesor Dr Roslan Sulaiman atas kerjasama Program Alumni PUTRA Jannah.

Dalam pada itu, program berkenaan juga bertujuan membina jaringan industri dan masyarakat yang prihatin kepada pembangunan lestari menerusi sumbangan keperluan asas sebagaimana sasaran keberhasilan Pelan Strategik UPM 2021-2025.

Ia juga bertepatan dengan hasrat Naib Canselornya dalam Naratif Naib Canselor 2023, ikhtiar ketujuh iaitu Menyatukan Kekuatan Alumni.

Ini kerana UPM antara universiti yang mempunyai alumni paling ramai dan pastinya setiap daripada mereka mempunyai kekuatan dalam industri tersendiri dan perkongsian ini dapat memberi banyak manfaat bukan sahaja kepada pelajar tetapi juga kepada universiti.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok