Pelbagai faedah yang diterima oleh pencarum KWSP. (Gambar hiasan)
Pelbagai faedah yang diterima oleh pencarum KWSP. (Gambar hiasan)

Pengeluaran KWSP meningkatkan risiko miskin hari tua

NURIN HAZIRAH ROMLAH dan JAHARUDIN PADLI
08 Feb 2024 04:54pm
A
A
A

Setiap orang yang bekerja semestinya mempunyai caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

KWSP ditubuhkan untuk rakyat Malaysia bagi skim simpanan persaraan pekerja. Kadar caruman adalah bergantung kepada tingkat gaji pekerja.

Majikan dan pekerja wajib mencarum simpanan mereka mengikut peratusan syer yang telah ditetapkan oleh KWSP secara bulanan. Majikan perlu membuat caruman sebanyak 13 peratus bagi pekerja yang terima gaji RM5,000 ke bawah.

Pelbagai faedah yang diterima oleh pencarum KWSP, antaranya semua caruman di KWSP akan dibayar dividen mengikut jenis akaun KWSP tersebut.

Bagi KWSP simpanan konvensional, kadar minimum pembayaran dividen oleh kerajaan adalah sebanyak 2.50 peratus.

Manakala bagi akaun Simpanan Shariah, pembayaran dividen adalah berdasarkan prestasi sebenar pelaburan patuh shariah yang diuruskan dan dilaburkan oleh KWSP. Pembayaran dividen adalah pada 1 Januari bagi setiap tahun.

KWSP juga menyediakan bantuan khairat kematian untuk pencarum sebagai tanda simpati terhadap waris ahli keluarga. Bayaran sebanyak RM 2500 diberikan kepada waris terdekat.

Pengeluaran KWSP dapat meringankan beban kewangan dan jaminan kepada orang-orang tersayang untuk menampung perbelanjaan pengurusan pengebumian.

Artikel Berkaitan:

Pencarum juga diberi pelepasan cukai maksimum RM4,000 tertakluk kepada kerajaan seperti pulangan pelaburan KWSP akan dikecualikan daripada pembayaran cukai.

Pelan perlindungan insurans untuk perlindungan hayat dan penyakit kritikal disediakan untuk ahli KWSP bergantung kepada syarat kelayakan tertentu.

Bagi simpanan akaun dua, pencarum boleh membuat pengeluaran untuk tujuan tertentu seperti untuk kegunaan pendidikan dan ansuran bulanan pinjaman perumahan.

Pada tahun 2020, sebahagian besar pencarum KWSP mengeluarkan wang dari simpanan akaun dua ketika pandemik Covid-19. Ia kerana pada masa itu, ekonomi negara teruk dan pendapatan isi rumah juga berkurang.

Terdapat ramai pekerja diberhentikan bagi memaksimumkan margin keuntungan syarikat. Oleh itu, mereka mengeluarkan wang daripada simpanan untuk memenuhi keperluan pada masa tersebut.

Walau bagaimanapun, untuk akaun satu, hanya boleh dikeluarkan secara penuh apabila pencarum mencapai umur persaraan iaitu 55 tahun dan ke atas.

Namun, ramai pesara membuat kesilapan di usia itu. Mereka telah mengeluarkan simpanan KWSP untuk kegunaan penuh pada masa tersebut seperti bagi membiayai hutang dan juga untuk hidup mewah dengan membeli sesuatu yang tidak mempu dibeli sebelum ini dan tidak mempunyai kepentingan. Mereka tidak memikirkan tentang kegunaan untuk jangka panjang seperti di hari tua.

Akibatnya, ramai pesara menjadi miskin ketika usia tua kerana tidak mempunyai apa-apa simpanan.

Maklumat Penulis

1 - Pelajar Tahun Akhir SM Ekonomi Sumber Alam, Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Nurin Haziran Romlan

2 - Pensyarah Kanan, Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Pembangunan Sosial, UMT, Jaharudin Padli

Berbakat dalam bidang penulisan? Apa kata anda sumbangkan hasil karya ke e-mel sinarbestari@sinarharian.com.my

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok