Peserta menyertai aktiviti eksperimen di makmal sains.
Peserta menyertai aktiviti eksperimen di makmal sains.

Program kitar semula UM libatkan 130 pelajar Victoria Institution

ROSHLAWATY MD RAIEH
15 Nov 2023 04:29pm
A
A
A

Dalam usaha memperkukuhkan kesedaran alam sekitar dan pengurusan sisa kepada pelajar, sekumpulan penyelidik Universiti Malaya (UM) berkolaborasi bersama Pusat Jalinan Masyarakat UM (UMCares) dan DIALOG ESECO Sdn Bhd dengan mengadakan program pembangunan insan berkaitan ilmu dan kemahiran mengitar semula yang betul.

Program inovatif yang dinamakan Asimilasi Pengurusan Sisa yang Betul, Habit Kitar Semula, dan Kitar Tinggi dalam Kalangan Komuniti Sekolah Menengah itu melibatkan penyertaan beberapa buah sekolah di Kuala Lumpur dan Petaling Jaya.

Terkini, program inovatif yang julung kali diadakan itu telah dilaksanakan bersama para pelajar di Victoria Institution (VI), Kuala Lumpur.

Menurut Ketua Penyelidik program, Dr Asbah Razali, program bertujuan membudayakan tabiat pengurusan sisa yang betul dalam kalangan pelajar malah ia juga memberi tumpuan kepada pengurangan penggunaan plastik, bagi membantu negara mencapai tahap 40 peratus pengitaran semula menjelang tahun 2025 dan mencapai status negara neutral karbon pada 2050.

No Image Caption

“Kami ingin memberi pendedahan dan kesedaran awal kepada para pelajar berkaitan amalan pengurusan sisa dan kitar semula.

“Selain itu, membudayakan kesedaran sebegini dalam kalangan generasi muda adalah kunci untuk masa depan yang lebih lestari,” ujarnya.

Seramai 130 pelajar VI yang terdiri dari Tingkatan Satu hingga Tingkatan Empat mengikuti program berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Sebahagian pelajar yang mengikuti aktiviti menarik disediakan penganjur.
Sebahagian pelajar yang mengikuti aktiviti menarik disediakan penganjur.

Mereka diberi peluang memahami amalan pengurusan sisa yang betul menerusi pelbagai aktiviti antaranya pengumpulan data melalui soal selidik yang melibatkan pengetahuan, persepsi pelajar terhadap pengurusan sisa dan usaha kitar semula serta seminar pendidikan yang disampaikan Pengarah Eksekutif DIALOG ESECO Sdn Bhd, Dr S Sri Umeswara.

Seterusnya, para peserta juga berpeluang mengikuti eksperimen sains dan kimia di makmal sekolah, termasuk eksperimen kitar semula kertas dan plastik.

Selain mengikuti aktiviti menarik yang disediakan, para pelajar VI juga berjaya mengumpulkan sebanyak 326 kilogram bahan buangan kitar semula dan jumlah tersebut bersamaan dengan pengurangan penghasilan karbon dioksida sebanyak 960.9 kilogram.

Bahan buangan kitar semula yang terkumpul.
Bahan buangan kitar semula yang terkumpul.



Antara individu yang terlibat dalam program inovatif 'Asimilasi Pengurusan Sisa yang Betul, Habit Kitar Semula, dan Kitar Tinggi dalam Kalangan Komuniti Sekolah Menengah' baru-baru ini.
Antara individu yang terlibat dalam program inovatif 'Asimilasi Pengurusan Sisa yang Betul, Habit Kitar Semula, dan Kitar Tinggi dalam Kalangan Komuniti Sekolah Menengah' baru-baru ini.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok