Dari kiri Amran, Mohd Musif dan Mohd Shahril Affandi bersama pingat emas serta pengiktirafan yang di terima dalam ITEX 2025.
Dari kiri Amran, Mohd Musif dan Mohd Shahril Affandi bersama pingat emas serta pengiktirafan yang di terima dalam ITEX 2025.

Projek inovasi ILP Kepala Batas raih pingat emas di ITEX 2025

ROSHLAWATY MD RAIEHROSHLAWATY MD RAIEH
17 Jun 2025 03:28pm

Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kepala Batas, Pulau Pinang sekali lagi membuktikan keunggulan dalam inovasi teknologi apabila ciptaan mereka, IoT-Driven Vehicle Telemetry and Smart Journey Analytics merangkul pingat emas dalam International Invention, Innovation & Technology Exhibition (ITEX 2025).

Projek ini diterajui oleh beberapa individu hebat yang terdiri daripada TS Mohd Shahril Affandi Abdul Majid selaku Ketua Projek, Madinah Radin, Kapt Bersekutu (PA) Amran Ab Razak dan Lt Bersekutu (PA) Mohd Musif Morad.

Menurut Mohd Shahril Affandi, IoT-Driven Vehicle Telemetry and Smart Journey Analytics merupakan kesinambungan kepada kejayaan projek terdahulu iaitu IoT Based Speedometer Tracking yang berjaya merangkul beberapa kejayaan antaranya pingat emas di ITEX 23, Anugerah Khas Harta Intelek, Anugerah Inovasi Terbaik untuk Pengangkutan Automotif dan Air Craft di International Innovation And Invention Competition Through Exhibition (iCompEx)

"IoT-Driven Vehicle Telemetry and Smart Journey Analytics merupakan sistem pintar berasaskan Internet of Things (IoT) yang mampu memantau kelajuan, odometer, lokasi dan tingkah laku pemanduan secara masa nyata.

"Ia turut menyediakan amaran kelajuan dan peringatan penyelenggaraan automatik berdasarkan jarak perjalanan sebenar.

No Image Caption

"Projek ini direka khusus sebagai solusi mesra pengguna dan kos efektif bagi individu, organisasi kecil serta institusi latihan yang memerlukan sistem pemantauan kenderaan tanpa perlu bergantung kepada sistem pengurusan fleet berskala besar," katanya merangkap tenaga pengajar di ILP Kepala Batas.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, kos pembangunan sistem itu sekitar RM400 menjadikan ia antara inovasi paling praktikal untuk pasaran domestik.

Mohd Shahril Affandi berkata, antara cabaran utama dalam pembangunan sistem tersebut adalah mendapatkan nilai jarak sebenar kerana ia tidak diperoleh terus dari sistem GPS tetapi melalui pengiraan matematik kompleks.

Mohd Shahril Affandi (kanan) menerangkan sesuatu kepada juri ketika sesi penilaian ITEX 2025.
Mohd Shahril Affandi (kanan) menerangkan sesuatu kepada juri ketika sesi penilaian ITEX 2025.

"Satu lagi kesukaran adalah keperluan untuk menguji sistem secara berterusan di atas kenderaan sebenar, mengambil kira aspek tempoh perjalanan dan variasi had laju yang perlu diuji secara real-time," ujarnya.

Terdahulu, pertandingan inovasi berprestij yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) menghimpunkan hampir 900 penyertaan dari 15 negara termasuk Jepun, Korea, Thailand, Indonesia, Arab Saudi dan Filipina, menjadikan kejayaan ILP Kepala Batas ini satu pencapaian yang membanggakan negara.

 

 

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp