PSA menandatangani Surat Hasrat (Letter of Intent) bersama Wonju Medical Industry Techno Valley Foundation (WMIT) bagi jalin kerjasama dalam bidang TVET.
PSA menandatangani Surat Hasrat (Letter of Intent) bersama Wonju Medical Industry Techno Valley Foundation (WMIT) bagi jalin kerjasama dalam bidang TVET.

PSA jalin kerjasama dengan Korea Selatan dalam bidang TVET

AZLEENDA SAHALUDIN
21 Feb 2023 04:54pm
A
A
A

Bidang Pendidikan serta Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) merupakan antara elemen yang perlu dan penting dalam membentuk asas melahirkan masyarakat berkemahiran tinggi selain mengukuhkan potensi negara bagi pertumbuhan masa depan.

Ia dilihat mampu memberi peluang kepada setiap lapisan masyarakat dalam pembangunan yang seimbang, mengurangkan kemiskinan serta ke arah kemakmuran ekonomi negara.

Malah dengan terjalinnya kerjasama dalam bidang TVET ini dengan negara luar turut membantu melahirkan lebih ramai modal insan berkemahiran di samping mengukuhkan hubungan antara dua negara.

Melihat kepada perkara itu, Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) mengambil peluang menjalin kerjasama dengan Korea Selatan khususnya dalam bidang elektronik perubatan.

Timbalan Pengarah Akademik PSA, Ts Roseman Mat Jidin berkata, langkah itu bertujuan meneroka peluang kerjasama serta membangunkan industri elektronik perubatan antara Malaysia dan Korea Selatan.

“PSA mempunyai kepakaran dalam elektronik perubatan di mana selain menawarkan pengajian dalam bidang tersebut, kami mempunyai Centre for Medical Electronic Technology (CMET) yang merupakan pusat rujukan, penyelidikan dan inovasi elektronik perubatan dari dalam dan luar negara.

“Justeru, melalui kerjasama ini, kedua pihak telah bersetuju untuk berkongsi kepakaran dan teknologi dalam bidang berkenaan.

“Ia juga memberi kesempatan kepada pelajar untuk meneroka peluang pengkomersialan, penyelidikan dan pembangunan serta sokongan terhadap program anjuran kedua institusi,” ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Selain itu, PSA juga telah mengadakan lawatan kerja selama empat hari ke Korea Selatan dan menandatangani Surat Hasrat (Letter of Intent) bersama Wonju Medical Industry Techno Valley Foundation (WMIT) pada 14 Februari lalu.

Lawatan yang diketuai oleh Roseman itu turut mengunjungi Korean Research in Technical and Vocational Technology (KRIVET) yang terletak di Sejong bagi bertukar pandangan, kepakaran dan teknologi dalam bidang TVET.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok