Warga Kolej Komuniti Selayang yang berjaya menghasilkan koleksi rekaan pakaian Miniatur Raya 2024.
Warga Kolej Komuniti Selayang yang berjaya menghasilkan koleksi rekaan pakaian Miniatur Raya 2024.

Rekaan pakaian warga Kolej Komuniti Selayang di Pavilion

ROSHLAWATY MD RAIEH
20 Mar 2024 03:50pm
A
A
A

Sebanyak 20 rekaan pakaian Miniatur Raya 2024 yang dihasilkan pelajar, pensyarah dan alumni Kolej Komuniti Selayang, Batu Caves, Selangor dipertontonkan kepada orang ramai sempena Kempen Raya 2024 di Centre Court, Pavilion, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Peluang yang diberikan kepada mereka secara tidak langsung menjadi batu loncatan kepada sekali gus mengembangkan bakat dan kemahiran dalam industri fesyen di Malaysia.

Menurut Ketua Program Fesyen dan Pakaian, Siti Fatimah Dzulkifli, tempoh sebulan telah diambil bagi menyiapkan kesemua koleksi baju berkenaan.

“Masa sebulan bukan tempoh yang panjang apatah lagi mereka bukan menghasilkan pakaian biasa sebaliknya perlu mengikut patung saiz mini yang memerlukan ketepatan dalam mengukur dan penggunaan teknik jahitannya.

“Bagaimanapun, kesemuanya telah berusaha keras menyiapkannya biarpun berhadapan tugasan dan tanggungjawab lain,” ujar Siti Fatimah.

No Image Caption

Sementara itu, pelajar program Fesyen dan Pakaian, Siti Syazwani Mohd Yusof berkata, dirinya tidak menyangka baju kebaya songket versi miniatur yang dihasilkan diperagakan di Pavilion.

“Tentulah teruja kerana ini adalah projek pertama saya.

Artikel Berkaitan:

"Mengenai cabaran, saya akui memang banyak rintangan kerana memerlukan kesabaran dan kemahiran tinggi disebabkan ukuran melalui patung miniatur agak berbeza dengan produk akhir,” ujarnya.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok