Program Sekampit Beras Sekilo Gula meringankan beban 100 penerima yang kurang berkemampuan.
Program Sekampit Beras Sekilo Gula meringankan beban 100 penerima yang kurang berkemampuan.

Sekampit Beras Sekilo Gula untuk 100 penerima

05 Apr 2024 11:49am

Pasukan Sukarelawan Pelajar Politeknik Kuala Terengganu (PKT) menyantuni golongan kurang bernasib baik di sekitar Kuala Terengganu, Terengganu sempena program Sekampit Beras Sekilo Gula.

Program tahunan yang diadakan sepanjang Ramadan itu dilihat sebagai platform terbaik kepada warga PKT untuk bersedekah dan berinfak di bulan mulia ini.

Kira-kira 100 penerima dalam kalangan pelajar, pekerja pembersihan, pengawal keselamatan termasuk komuniti kurang kemampuan menerima barangan keperluan asas seperti beras, tepung, gula dan lain-lain sebagai persediaan dan persiapan menjelang Syawal.

No Image Caption

Salah seorang penerima, Wan Abu Bakar Wan Ngah dari Kampung Losong Haji Mat meluahkan rasa terharu dan bersyukur menerima sumbangan tersebut.

“Bantuan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban kewangan tambahan pula saya perlu menyara isteri yang terlantar akibat serangan angin ahmar,” ujarnya.

No Image Caption

Bagi Mohd Saifullizan pula, dia menzahirkan kesyukuran atas keprihatinan PKT dalam membantu ahli keluarganya.

Artikel Berkaitan:

Sumbangan telah disampaikan Pengarah PKT, Suzana Mohd Ali yang berharap program sebegini diteruskan dari masa ke masa dan menjadi rutin warga politeknik untuk berkongsi setiap rezeki yang diperoleh.

Sementara itu, Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar PKT, Nur Asyira Kamal berkata, program bertepatan dengan hasrat politeknik untuk melahirkan pelajar yang memiliki sifat empati dan prihatin terhadap masyarakat kurang bernasib baik.

No Image Caption



No Image Caption

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp