Allahyarham merupakan pelajar Tahun Dua, Fakulti Pendidikan, UKM dan dikenali dalam kalangan rakan serta pensyarahnya sebagai seorang pelajar berdedikasi, sopan santun dan komited dalam pengajian.
Allahyarham merupakan pelajar Tahun Dua, Fakulti Pendidikan, UKM dan dikenali dalam kalangan rakan serta pensyarahnya sebagai seorang pelajar berdedikasi, sopan santun dan komited dalam pengajian.

Selamat jalan Arief Ilman...UKM hilang seorang pejuang ilmu

22 Jun 2025 10:01pm

Seluruh warga Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menzahirkan rasa sedih dan kehilangan atas pemergian salah seorang pelajar mereka, Allahyarham Muhammad Arief Ilman Mohd Arizam, yang telah terkorban dalam satu kemalangan jalan raya pada awal pagi tadi.

Allahyarham merupakan pelajar Tahun Dua, Fakulti Pendidikan, UKM dan dikenali dalam kalangan rakan serta pensyarahnya sebagai seorang pelajar berdedikasi, sopan santun dan komited dalam pengajian.

Menerusi hantaran di laman rasmi Facebook UKM, Naib Canselor, Profesor Dr Sufian Jusoh telah hadir ke Hospital Serdang bagi menziarahi keluarga Allahyarham dan memberikan sokongan moral kepada mereka yang diuji dengan kehilangan insan tersayang.

Turut serta dalam sesi lawatan itu adalah Pengarah Pusat Hal Ehwal Pelajar, Profesor Ts Dr Norinsan Kamil Othman (yang menjalankan fungsi Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) dan Pendaftar UKM.

UKM memaklumkan bahawa pihak universiti akan menyalurkan bantuan sewajarnya kepada keluarga mangsa termasuk menyelaraskan urusan pengebumian dengan lancar melalui kerjasama Unit Kenderaan, Jabatan Pendaftar; Unit Kebajikan, HEP-UKM; dan Pusat Zakat UKM.

Segala usaha ini adalah tanda keprihatinan dan komitmen UKM dalam menjaga kebajikan pelajarnya serta keluarga.

Sementara itu, UKM turut merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham Arief Ilman atas pemergian ke rahmatullah pada 22 Jun 2025 bersamaan 25 Zulhijah 1446H.

"Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh ALLAH SWT dan ditempatkan dalam kalangan hambaNya yang beriman dan beramal soleh," kongsi mereka.

Artikel Berkaitan:

 

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp