Al-Fatihah buat Aiman Hakimi. Semoga ALLAH gantikan tempatmu dengan syurga yang abadi.
Al-Fatihah buat Aiman Hakimi. Semoga ALLAH gantikan tempatmu dengan syurga yang abadi.

Pemergian Aiman Hakimi: UTeM kehilangan permata berharga

25 May 2025 10:37pm

Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) sekali lagi dilanda kesedihan apabila kehilangan seorang pelajar yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik, tetapi turut dikenali dengan keperibadian mulia dan sikap terpuji.

Allahyarham Aiman Hakimi Tarmizi yang merupakan pelajar Tahun Satu, Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Pembangunan Perisian) Dengan Kepujian, Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi, menghembuskan nafas terakhir pada Sabtu (24 Mei) akibat terlibat dalam satu kemalangan.

Menurut Naib Canselor UTeM, Profesor Datuk Dr Massila Kamalrudin, pemergian itu amat dirasai oleh seluruh warga UTeM terutama rakan-rakan arwah.

"Sebagai tanda kasih dan solidariti, pihak UTeM telah menyediakan sebuah bas khas untuk rakan-rakan Allahyarham yang ingin turut serta ke Pulau Pinang bagi menghadiri majlis pengebumian.

"Marilah kita bersama-sama mendoakan kesejahteraan roh Allahyarham dan sedekahkan bacaan Al-Fatihah sebagai tanda kasih dan ingatan.

"Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman serta beramal soleh," kongsinya di Facebook.

Sementara itu, ruangan komen media sosial UTeM dan yang lain, dipenuhi dengan doa dan ucapan takziah daripada pelbagai pihak.

Warga maya sepakat mengangkat doa agar ALLAH mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham.

Artikel Berkaitan:

"Salam takziah buat keluarga arwah. Sesungguhnya pemergian ini satu kehilangan yang amat menyayat hati."

"Innalillahi wa inna Ilaihi Raji’un. Pemergian yang mengejutkan. ALLAH lebih menyayanginya. Semoga keluarga arwah terus kuat dan tabah."

"UTeM kehilangan permata. Al-Fatihah buat Aiman Hakimi. Semoga ALLAH gantikan tempatmu dengan syurga yang abadi."

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp