Atas kecemerlangan dalam akademik dan kokurikulum, Shathiswaran diangkat penerima MIA National Accounting Student Excellence Award 2022.
Atas kecemerlangan dalam akademik dan kokurikulum, Shathiswaran diangkat penerima MIA National Accounting Student Excellence Award 2022.

Shathiswaran mahasiswa UMS raih MIA National Accounting Student Excellence Award 2022

ROSHLAWATY MD RAIEH
22 Jun 2023 04:58pm
A
A
A

Mahasiswa Universiti Malaysia Sabah (UMS), Shathiswaran S Rajagopal melakar kejayaan apabila dinobatkan sebagai penerima Malaysia Institute of Accountants (MIA) National Accounting Student Excellence Award 2022 baru-baru ini.

Shathiswaran yang merupakan penuntut Tahun Akhir, Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dengan Kepujian, Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perniagaan (FPEP), UMS menerima anugerah berkenaan sempena MIA International Accountants Conference (MIAC) 2023 yang berlangsung di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) pada 13 hingga 14 Jun lalu.

MIA National Accounting Student Excellence Award 2022 diberikan kepada mahasiswa yang menitikberatkan kecemerlangan akademik dan kokurikulum sepanjang pengajian di universiti masing-masing.

Menurut Shathiswaran, anugerah yang diterima itu cukup bermakna buat dirinya.

“Menerima pengiktirafan ini adalah detik paling membanggakan sepanjang perjalanan pengajian.

“Saya percaya anugerah berkenaan memberi lebih banyak ruang dan peluang apabila diri berada dalam dunia kerjaya kelak,” ujarnya yang kini menjalani latihan praktikal di Syarikat Baker Hughes Malaysia selama enam bulan.

Mengulas lanjut mengenai pembahagian masa antara akademik dan kokurikulum, Shathiswaran berkata, seorang penuntut perlu bijak menyusun jadual untuk kedua-dua perkara tersebut.

“Saya berharap lebih ramai pelajar akan cuba mempraktikkan keseimbangan dalam bidang akademik dan penglibatan kokurikulum serta mengambil masa cuti semester dengan menjalani latihan industri secara sukarela untuk mengembangkan pengetahuan dan kemahiran insaniah.

Artikel Berkaitan:

“Pencapaian akademik semata-mata tidak akan membawa kita pergi lebih jauh, apa yang lebih penting adalah kebolehan berkomunikasi yang mampu ditimba daripada penglibatan dalam kokurikulum dan kesukarelawan,” akhiri anak jati Kampar, Perak, ini.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok