Muhamad Rumzi (tengah) mendengar penerangan daripada staf perpustakaan.
Muhamad Rumzi (tengah) mendengar penerangan daripada staf perpustakaan.

Sistem Perpustakaan Berpusat Politeknik manfaatkan lebih 100,000 pengguna

QURRATUL AINA QUDDUSQURRATUL AINA QUDDUS
07 Jan 2025 10:30am

Lebih 100,000 pengguna mendapat manfaat daripada Sistem Perpustakaan Berpusat Politeknik dan Kolej Komuniti serta Data Dashboard Aplikasi iPOLYCC yang dilancarkan pada 6 Januari.

Sistem berkenaan bertujuan agar mahasiswa membudayakan digitalisasi dalam ekosistem Politeknik dan Kolej Komuniti (POLYCC).

Muhamad Rumzi (tengah) melihat sistem yang dilancarkan di Perpustakaan Tan Sri Othman Merican, Politeknik Ungku Omar, Ipoh, Perak.
Muhamad Rumzi (tengah) melihat sistem yang dilancarkan di Perpustakaan Tan Sri Othman Merican, Politeknik Ungku Omar, Ipoh, Perak.



Secara tidak langsung, ia memperkasakan transformasi digital sektor pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) yang selaras dengan Pelan Strategik Pendigitalan Sektor Awam (PSPSA) 2021 hingga 2025 dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015 hingga 2025 (Pendidikan Tinggi).

Data Dashboard Aplikasi iPOLYCC itu merupakan perisian terkini pengurusan data secara ‘real-time’ berkaitan POLYCC yang menyediakan maklumat seperti bilangan pelajar, statistik kakitangan dan data institusi secara komprehensif.

Selain itu, Sistem Perpustakaan Berpusat Politeknik dan Data Dashboard Aplikasi iPOLYCC merupakan langkah signifikan dalam memperkukuh agenda pendigital serta kesediaan POLYCC mengadapi cabaran pada masa hadapan.

Muhamad Rumzi (tengah) melihat sistem yang dilancarkan di Perpustakaan Tan Sri Othman Merican, Politeknik Ungku Omar, Ipoh, Perak.
Muhamad Rumzi (tengah) melihat sistem yang dilancarkan di Perpustakaan Tan Sri Othman Merican, Politeknik Ungku Omar, Ipoh, Perak.



Kedua-dua sistem tersebut adalah usaha gigih pelbagai pihak termasuk Pasukan Petugas ICT JPPKK, pustakawan, staf perpustakaan dan pengurus maklumat POLYCC.

Ia akan memberi manfaat kepada warga POLYCC dalam meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan dan melestarikan budaya pembelajaran sepanjang hayat.

Artikel Berkaitan:


Justeru, sistem berkenaan turut memanfaatkan data dari sistem MYMOHES Kementerian Pendidikan Tinggi yang dikemaskini empat kali dalam setahun.

Muhamad Rumzi melancarkan Sistem Perpustakaan Berpusat Politeknik dan Kolej Komuniti serta Data Dashboard Aplikasi iPOLYCC di Perpustakaan Tan Sri Othman Merican, Politeknik Ungku Omar, Ipoh, Perak.
Muhamad Rumzi melancarkan Sistem Perpustakaan Berpusat Politeknik dan Kolej Komuniti serta Data Dashboard Aplikasi iPOLYCC di Perpustakaan Tan Sri Othman Merican, Politeknik Ungku Omar, Ipoh, Perak.



Majlis Peluncuran Sistem Perpustakaan Berpusat Politeknik dan Kolej Komuniti serta Data Dashboard Aplikasi iPOLYCC itu disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan) Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), Muhamad Rumzi Mamat, di Perpustakaan Tan Sri Othman Merican, Politeknik Ungku Omar, Ipoh, Perak.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp