Siti Nurhaliza ketika menerima pelantikan daripada Shahrin.
Siti Nurhaliza ketika menerima pelantikan daripada Shahrin.

Siti Nurhaliza kini Profesor Adjung UiTM

06 Nov 2025 06:05pm

Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin terus membuktikan kehebatan dirinya bukan sahaja dalam dunia seni tetapi juga membabitkan bidang keusahawanan apabila dilantik sebagai Profesor Adjung Fakulti Pengurusan dan Perniagaan (FPP), Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Pelantikan itu merupakan pengiktirafan universiti terhadap kejayaan serta sumbangan besar beliau sebagai ikon usahawan wanita berjaya melalui empayar perniagaannya, SimplySiti.

Naib Canselor UiTM, Profesor Datuk Ts Dr Shahrin Sahib @ Sahibuddin berkata, kehadiran Siti Nurhaliza sebagai Profesor Adjung akan memperkukuh hubungan antara dunia akademik dan industri.

“UiTM amat berbangga menerima Datuk Seri Siti Nurhaliza sebagai sebahagian daripada keluarga besar universiti.

Pelantikan ini bukan sahaja mengiktiraf kejayaan beliau, tetapi membuka peluang kolaborasi yang dapat memberi inspirasi kepada pelajar untuk menjadi usahawan berjaya,” katanya.

Beliau turut menegaskan komitmen UiTM dalam melahirkan graduan berilmu, berjiwa usahawan dan berpemikiran global melalui kolaborasi bersama ikon industri tempatan dan antarabangsa.

No Image Caption

Artikel Berkaitan:

Sebagai Profesor Adjung, Siti Nurhaliza akan berkongsi pengalaman serta memberi bimbingan kepada pelajar menerusi pelbagai program termasuk masterclass, forum keusahawanan dan sesi mentor industri.

Dalam ucapan balasnya, Siti meluahkan rasa terharu atas kepercayaan yang diberikan oleh pihak universiti.

“Saya amat berbesar hati menerima pelantikan ini. Bagi saya, keusahawanan bukan hanya tentang keuntungan, tetapi nilai, kejujuran dan tanggungjawab sosial,” katanya sambil berharap pengalamannya dapat menyuntik semangat kepada pelajar untuk berjaya dengan usaha gigih dan keikhlasan.

Sementara itu, Profesor Shahrin turut merakam penghargaan kepada Fakulti Pengurusan dan Perniagaan UiTM atas inisiatif mencadangkan pelantikan tersebut sebagai sebahagian usaha memperkukuh agenda keusahawanan universiti.

Beliau yakin kerjasama bersama tokoh berpengaruh seperti Siti Nurhaliza mampu melahirkan graduan yang bukan sahaja cemerlang akademik, tetapi juga mampu menjadi pemimpin dan pencipta peluang dalam dunia keusahawanan global.

Ringkasan AI

  • Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin dilantik sebagai Profesor Adjung Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, Universiti Teknologi MARA
  • Pelantikan ini merupakan pengiktirafan terhadap kejayaan dan sumbangan Siti Nurhaliza sebagai ikon usahawan wanita melalui SimplySiti
  • Pelantikan berperanan memperkukuh hubungan antara dunia akademik dan industri serta membuka peluang kolaborasi inspiratif untuk pelajar
  • Sebagai Profesor Adjung, Siti Nurhaliza akan berkongsi pengalaman dan membimbing pelajar melalui program termasuk masterclass dan forum keusahawanan
  • Siti Nurhaliza menyatakan keusahawanan melibatkan nilai, kejujuran, dan tanggungjawab sosial, berharap pengalamannya menyuntik semangat kejayaan kepada pelajar
Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp