Sesi bergambar pelajar Kolej Pengajian Kejuruteraan UiTM dan murid KKPI SK Seksyen 7.
Sesi bergambar pelajar Kolej Pengajian Kejuruteraan UiTM dan murid KKPI SK Seksyen 7.

STEM4FUN ElectroQuest UiTM perkenal STEM kepada murid PPKI

MOHD ANAS BAHARUDIN
21 Jun 2024 02:44pm
A
A
A

Seramai 21 pelajar dari Pengajian Kejuruteraan Elektrik, Kolej Pengajian Kejuruteraan Universiti Teknologi Mara (UiTM) khususnya kursus Engineering and Society, telah menjalankan projek STEM4FUN ElectroQuest: Journey into Electronics bersama Sekolah Kebangsaan (SK) Seksyen 7 pada 20 Mei 2024.

Projek ini bertujuan memperkenalkan dunia elektronik kepada pelajar Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) dengan cara yang seronok dan mudah difahami.

Mereka menggunakan kit elektronik untuk membantu pelajar PPKI membina projek mudah dan mengadakan pelbagai permainan STEM yang menarik di empat buat stesen iaitu BlockBlaze Station, Didi Squad Station, Jelo and Friends Station serta TBD Station.

Antara aktiviti-aktiviti STEM4FUN yang meransang minat murid SK Seksyen 7.
Antara aktiviti-aktiviti STEM4FUN yang meransang minat murid SK Seksyen 7.

Penolong Kanan Sekolah Kebangsaan Seksyen 7, Mohd Hafiz Marjuni yang merasmikan projek ini turut memberikan maklum balas positif.

“Saya sangat berbangga dengan usaha yang ditunjukkan oleh pelajar UiTM dan kegigihan mereka dalam memastikan setiap pelajar berkeperluan khas mendapat perhatian dan bimbingan yang sewajarnya.

“Program ini telah membuka mata kami kepada potensi besar pelajar-pelajar ini dalam bidang STEM dan saya yakin ia akan memberi impak jangka panjang yang positif kepada mereka,” kata beliau.

Projek ini juga adalah sebuah projek SULAM (Service Learning Malaysia) yang mengutamakan pengalaman pembelajaran pelajar UiTM melalui perkhidmatan kepada masyarakat, memberi impak positif kepada kedua-dua pihak.

Pensyarah Kanan Pengajian Kejuruteraan Elektrik Kolej Pengajian Kejuruteraan UiTM, Ir Dr Maizatul Zolkapli berkata, ini adalah peluang yang luar biasa untuk pelajar UiTM mengaplikasikan pengetahuan kejuruteraan mereka dalam dunia sebenar, selain mengasah kemahiran mengajar dan membimbing.

“Bagi pelajar berkeperluan khas, ia memberi mereka keyakinan dan keterujaan untuk menerokai dunia elektronik,” tambah beliau.

Untuk rekod, projek ini juga mendapat sokongan daripada beberapa rakan strategik iaitu IEEE Electron Devices Society, AR Distributor dan Kids Studio Printing.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok