Mariam menerima Anugerah Kepimpinan Siswa 2025.
Mariam menerima Anugerah Kepimpinan Siswa 2025.

Suarakan nilai, bawa perubahan

Penerima Anugerah Tokoh Kepimpinan Siswa mahu generasi kini tampil sebagai ejen perubahan progresif

QURRATUL AINA QUDDUSQURRATUL AINA QUDDUS
13 Oct 2025 01:00pm

Kepimpinan sejati sepatutnya tidak diukur melalui jantina, namun melalui nilai integriti, kebijaksanaan dan keupayaan memimpin dengan tanggungjawab.

Baik lelaki mahupun wanita, setiap mahasiswa berpeluang menyerlah sebagai pemimpin unggul apabila nilai amanah, empati dan komitmen dijadikan teras perjuangan.

Mariam Masuan, 24, yang dinobatkan sebagai Anugerah Tokoh Kepimpinan Siswa baru-baru ini berkata, penilaian tidak pernah berpihak kepada manamana jantina, sebaliknya menilai sejauh mana calon menunjukkan kredibiliti.

Mariam (tiga dari kiri) menerima Anugerah Kepimpinan Siswa yang disampaikan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir baru-baru ini.
Mariam (tiga dari kiri) menerima Anugerah Kepimpinan Siswa yang disampaikan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir baru-baru ini.

“Kemenangan anugerah ini bukan bermaksud wanita lebih berkredibiliti daripada lelaki, sebaliknya ia membuktikan bahawa peluang untuk memimpin terbuka kepada semua yang berusaha dan berprinsip.

“Kepimpinan sebenar tidak datang daripada siapa kita secara biologinya, tetapi daripada bagaimana kita menggunakan potensi, nilai dan tanggungjawab untuk membawa perubahan,” katanya secara eksklusif kepada Sinar Bestari.

Kongsi Mariam, seorang pemimpin sejati merupakan individu yang mampu duduk pada aras sama dengan pengikutnya, mendengar dan memberi ruang supaya orang lain boleh ke hadapan.

Artikel Berkaitan:

“Ia menjadikan seorang pemimpin lebih dekat dan disenangi oleh pasukannya, tanpa wujud jurang antara mereka.

“Saya juga berpegang kepada niat dan iktikad yang ikhlas dalam memimpin kerana keikhlasan itulah yang menjadikan kepimpinan kita diberkati dan meninggalkan kesan yang berkekalan,” ujarnya.

Dalam diri seorang mahasiswa, pasti tersembunyi potensi besar yang mampu mencorak masa depan bangsa.

Begitulah Mariam yang membuktikan bahawa gelaran ‘mahasiswa’ itu tidak mengehadkannya sekadar menuntut ilmu ke menara gading.

Ejen perubahan nilai progresif

Katanya, peranan mahasiswa bukan sekadar di dalam kampus, tetapi sebagai ejen perubahan yang membawa nilai progresif kepada masyarakat.

“Mahasiswa mempunyai kelebihan tenaga muda, idealisme yang segar dan keberanian untuk mencuba perkara baharu.

Mariam turut menerima Anugerah Naib Canselor semasa konvokesyen UKM ke-52 lalu.
Mariam turut menerima Anugerah Naib Canselor semasa konvokesyen UKM ke-52 lalu.

“Ini menjadikan mereka aset penting dalam membina masyarakat yang lebih berdaya saing,” katanya.

Dalam era penuh cabaran dan perubahan, tokoh ini hadir membawa semangat baharu bahawa kepimpinan sejati lahir daripada tindakan, bukan gelaran.

“Bagi saya, mahasiswa yang progresif ialah mereka yang tidak hanya menunggu peluang, tetapi mencipta peluang, yang berani bersuara dengan bijaksana, memimpin dengan integriti dan berfikir ke hadapan untuk membawa perubahan yang mampan,” jelasnya.

Ringkasan AI

  • Kepimpinan sejati tidak bergantung pada jantina tetapi nilai integriti, kebijaksanaan dan tanggungjawab
  • Baik lelaki mahupun wanita, mahasiswa berpeluang menjadi pemimpin unggul dengan nilai amanah, empati dan komitmen
  • Mariam Masuan menekankan penilaian kepimpinan berdasarkan kredibiliti tanpa memihak kepada jantina mana-mana
  • Seorang pemimpin sejati pandai mendengar dan memberi ruang kepada pengikutnya, menjadikan hubungan lebih dekat dan berkualiti
  • Mahasiswa sebagai ejen perubahan mesti berani mencipta peluang dan memimpin dengan bijaksana untuk membawa perubahan mampan
Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp