Pengambilan pertama bakal dibuka April ini.
Pengambilan pertama bakal dibuka April ini.

Taylor’s University lancar program baharu, kemasukan pertama April ini

AZLEENDA SAHALUDINAZLEENDA SAHALUDIN
26 Mar 2024 01:40pm

Universitis Swasta terkemuka Malaysia, Taylor’s University melancarkan program Ijazah Sarjana Muda Sains Farmaseutikal (Kepujian) pertama negara dengan kaedah Pembelajaran Berasaskan Kerja (Work-Based Learning) dan pengajian sokongan.

Program ini membuka kemasukan pertama bermula bulan depan mempunyai dua kemasukan bagi semester April dan September nanti.

Dr Wong Jia Woei
Dr Wong Jia Woei



Menurut Pengarah Program Ijazah Sarjana Muda Sains Farmaseutikal (Kepujian), Dr Wong Jia Woei, bagi kemasukan pertama ini pihaknya menyasarkan pengambilan seramai 30 orang.

“Tetapi pengambilan pelajar tidak ada had dan terbuka kepada mereka yang berminat mempelajari sektor farmaseutikal.

“Ia juga memberi tumpuan kepada kefleksibelan dan kerelevanan industri yang membolehkan pelajar memilih antara program tiga tahun konvensional atau mode Work-Based Learning,” katanya ketika Program Pelancaran Ijazah Sarjana Muda Sains Farmaseutikal (Kepujian) pada Selasa.

Tidak hanya itu, ia menawarkan pelajar melibatkan diri dengan rakan industri seperti Kota Pharma, Sunward Pharmaceutical, KCK Pharmaceutical Industries, Pahang Pharmacy, Intercosmetic Asia Pacific dan Duopharma Biotech melalui mode Work-Based Learning.

Manakala, pelajar yang memilih laluan konvensional akan mendapat manfaat daripada program Pharmaceutical Industry Student Adoption (PISA), selain ditawarkan penempatan latihan industri di lebih daripada 10 syarikat pemaju termasuklah organisasi farmasuetikal multinasional seperti Abbott, AstraZeneca, Johnson&Johnson dan Pfizer.

Tambahnya, Sains Kosmetik lanjutan daripada program baharu itu menyaksikan pelajar membangunkan pemahaman mendalam tentang sains dan Tteknologi di sebalik kosmetik, memahami pasaran kosmetik dan peraturan global serta mempelajari bagaimana memastikan kelestarian, mesra alam, amalan beretika dan halal didokong dalam industri tersebut.

Artikel Berkaitan:


“Program ini secara keseluruhannya akan menyaksikan graduan membangunkan pemahaman komprehensif tentang farmaseutikal, reka cipta dan pembangunan ubat-ubatan, pembuatan, amalan undang-undang serta perniagaan yang meletakkan mereka sebagai ahli profesional yang paling dicari dalam pasaran farmasuetikal,” ujarnya.

Dalam pada itu, Dekan Eksekutif Fakulti Sains Kesihatan dan Perubatan, Profesor Dr PT Thomas, amat memuji inisiatif fakulti memperkenalkan program baharu yang memenuhi permintaan industri masa kini.

“Pada masa ini, kebanyakan produk farmasuetikal dan kosmetik negara diimport dan oleh itu penting untuk kita mengembangkan keupayaan pengilang serta industri tempatan bagi mendapatkan bahagian lebih besar dalam sektor pasaran tersebut.

“Program ini menjadi penanda aras signifikan dalam lanskap pendidikan farmasuetikal di Malaysia dengan menggabungkan kecemerlangan akademik dan kemudahan bertaraf dunia, kami membentuk pemimpin masa depan yang akan memacu inovasi dalam sektor fafmasuetikal dan penjagaan kesihatan,” katanya.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp