Graduan Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak dan Ijazah Sarjana Muda Sains Kejurulatihan (2019) itu berjaya menghadiahkan pingat emas pertama buat Malaysia selepas menjuarai acara tunggal puteri dalam Sukan SEA Thailand 2025.
Graduan Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak dan Ijazah Sarjana Muda Sains Kejurulatihan (2019) itu berjaya menghadiahkan pingat emas pertama buat Malaysia selepas menjuarai acara tunggal puteri dalam Sukan SEA Thailand 2025.

Terus jadi bualan ramai...'Alumni UPSI, Nur Syafiqah bukan calang-calang orangnya'

ROSHLAWATY MD RAIEHROSHLAWATY MD RAIEH
17 Dec 2025 03:36pm

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sememangnya dikenali sebagai antara institusi pendidikan tinggi yang konsisten melahirkan individu cemerlang, bukan sahaja dalam bidang akademik, malah turut menyerlah dalam kokurikulum, kepimpinan dan pentas antarabangsa.

Kejayaan alumni-alumninya dalam pelbagai bidang membuktikan universiti ini bukan sekadar menumpukan kecemerlangan bilik kuliah, sebaliknya menekankan pembangunan insan seimbang yang mampu menyumbang kepada negara dan masyarakat.

Antara nama besar alumni UPSI yang sering menjadi inspirasi ialah pengembara solo wanita negara, Anita Yusof dan sukarelawan misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF), Muhammad Hareez Adzrami (Haroqs) yang aktif memperjuangkan isu kemanusiaan antarabangsa.

Terbaharu, nama Nur Syafiqah Hamzah, atlet pencak silat negara, pula mencuri tumpuan ramai apabila muncul sebagai antara alumni UPSI yang mencipta sensasi di pentas sukan antarabangsa.

No Image Caption

Graduan Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak dan Ijazah Sarjana Muda Sains Kejurulatihan (2019) itu berjaya menghadiahkan pingat emas pertama buat Malaysia selepas menjuarai acara tunggal puteri dalam Sukan SEA Thailand 2025.

Ketika beraksi di gelanggang pertandingan, atlet berusia 31 tahun itu mempamerkan persembahan silat yang kemas, bertenaga dan penuh disiplin tinggi.

Setiap gerak langkah yang tersusun serta penguasaan teknik mantap jelas memikat perhatian juri, sekali gus melayakkan beliau muncul sebagai pemenang emas dalam acara berprestij tersebut.

Artikel Berkaitan:

Mengulas kejayaan membanggakan itu, Naib Canselor UPSI, Profesor Datuk Dr Md Amin Md Taff berkata, pencapaian Nur Syafiqah membuktikan graduan UPSI berupaya mencipta kecemerlangan di peringkat antarabangsa menerusi gabungan disiplin diri, ketekunan serta sokongan ekosistem pendidikan yang holistik.

No Image Caption

"UPSI amat berbangga dengan kejayaan Nur Syafiqah yang bukan sahaja mengharumkan nama negara, malah mengangkat reputasi universiti sebagai institusi yang melahirkan bakat seimbang dari segi akademik dan kokurikulum," katanya dalam satu kenyataan.

Menurut beliau, kejayaan itu turut mencerminkan keberkesanan pendekatan UPSI dalam memperkasa pembangunan atlet pelajar melalui integrasi ilmu kejurulatihan, sains sukan dan pembentukan nilai kepimpinan, selari dengan aspirasi universiti untuk melahirkan graduan berdaya saing di peringkat global.

"Pencapaian ini diharap menjadi inspirasi kepada seluruh warga UPSI dan generasi muda untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan, di samping menyumbang kepada pembangunan sukan negara secara mampan," ujar beliau lagi.

No Image Caption

Untuk rekod, silat merupakan seni mempertahankan diri warisan Melayu yang bukan sahaja menuntut kekuatan fizikal, malah menekankan disiplin mental, kawalan emosi, adab dan nilai jati diri.

 

 

Ringkasan AI

  • Universiti Pendidikan Sultan Idris dikenali melahirkan individu cemerlang bukan sahaja dalam akademik tetapi juga kokurikulum, kepimpinan dan antarabangsa
  • Alumni UPSI seperti Anita Yusof dan Muhammad Hareez Adzrami menjadi inspirasi kerana kegiatan mereka di peringkat antarabangsa
  • Nur Syafiqah Hamzah, atlet pencak silat dan alumni UPSI, mencuri tumpuan dengan memenangi pingat emas di Sukan SEA Thailand 2025
  • Keberhasilan Nur Syafiqah mencerminkan kemampuan graduan UPSI mencipta kecemerlangan antarabangsa dengan disiplin dan ketekunan
  • Pencapaian Nur Syafiqah diharap menjadi inspirasi untuk warga UPSI dan generasi muda dalam mencapai kecemerlangan dan menyumbang kepada pembangunan sukan negara
Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp