No Image Caption

Tiga pegawai UiTM terima pengiktirafan Pensijilan Pengurusan Bencana di Universiti of Melbourne

MOHAMAD AMREEL IMAN ABD MALEK
13 Sep 2023 11:54am
A
A
A



Tiga pegawai Universiti Teknologi MARA (UiTM) menerima pengiktirafan dan ditauliahkan sebagai pakar rujuk dalam pengurusan bencana di Majlis Penganugerahan Pensijilan Pengurusan Bencana: Disaster Management Essentials Micro-certification di University of Melbourne, Australia baru-baru ini.

Antara pegawai yang menerima pengiktirafan ini ialah Pengarah Pusat Kokurikulum UiTM, Profesor Madya Dr Mohd Azman Yahaya; Pakar Perubatan Kesihatan Awam dari Pusat Kesihatan UiTM, Dr Nurfazlinda Md Shah dan Penolong Pendaftar Kanan dari Pusat Kokurikulum UiTM, Ku Hadzrill Jeeffry Ku Hamzah.

Melalui kursus Pensijilan Pengurusan Bencana itu, ia mendapat sokongan penuh daripada Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar, UiTM, Profesor Dr Mohd Sazili Shahibi yang mengatakan bahawa, kursus berkenaan dilihat selari dengan Task Force UiTM 2025 dengan menyediakan Garis Panduan Kesiapsiagaan Kesukarelawan untuk Menghadapi Bencana.

No Image Caption



“Warga universiti perlu dilengkapkan dengan ilmu dan pengetahuan tentang pengurusan bencana kerana ia melibatkan isu keselamatan serta kesejahteraan warga UiTM yang berada di seluruh negara.

“Asas pengurusan bencana yang menekankan aspek persediaan menghadapi bencana ini bukan sahaja melibatkan isu keselamatan tetapi turut berlandaskan kepada pemerkasaan komuniti,” kata Mohd Sazili.

Kursus Pensijilan Pengurusan Bencana dikendalikan oleh Jabatan Penjagaan Kritikal, Fakulti Perubatan, Pergigian dan Sains Kesihatan, University of Melbourne yang dijalankan secara dalam talian sebelum ia disempurnakan secara bersemuka melalui pelaksanaan bengkel di universiti berkenaan.

No Image Caption

Artikel Berkaitan:


Bukan itu sahaja, ia berjaya dilaksanakan hasil kerjasama padu Bahagian Mahasiswa Holistik, Jabatan Pendidikan Tinggi (BMH JPT) dan Majlis Kesukarelawanan Universiti-universiti Malaysia (MASKUM).

No Image Caption



Tidak hanya UiTM, malah 22 pegawai lain dari IPT seluruh negara turut terlibat dalam kursus tersebut dan mereka merupakan kumpulan antarabangsa pertama menerajui modul pengurusan bencana yang dibangunkan oleh University of Melbourne.

No Image Caption



Dalam pada itu, Modul Pengurusan Bencana ini juga akan dibentangkan kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) bagi tujuan pemantapan pelaksanaan pasukan sukarelawan dari seluruh universiti awam di Malaysia.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok