Sebahagian peserta yang mengikuti seminar kewangan UFiS 3.0 di Kota Kinabalu, Sabah baru-baru ini.
Sebahagian peserta yang mengikuti seminar kewangan UFiS 3.0 di Kota Kinabalu, Sabah baru-baru ini.

UFiS 3.0 beri peluang peserta timba ilmu berkaitan pendigitalan kewangan

ROSHLAWATY MD RAIEH
17 Mar 2023 01:38pm
A
A
A

Bagi memberi pendedahan kepada orang ramai mengenai pendigitalan kewangan, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), baru-baru ini telah menganjurkan UTeM Finance Seminar 3.0 (UFiS 3.0) - Dasar dan Cabaran Pelaksanaan Pendigitalan Kewangan.

Seminar tersebut yang diadakan di Kota Kinabalu, Sabah, telah disertai 200 peserta terdiri daripada Pegawai Kewangan, Juruaudit dan Pegawai Sistem Maklumat dari universiti awam dan swasta, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) serta agensi swasta seluruh negara.

Selain memberi pendedahan, UFiS 3.0 yang dianjurkan Pejabat Bendahari UTeM turut menjelaskan perkembangan semasa dan perkongsian amalan terbaik kepada peserta dalam melaksanakan pendigitalan kewangan.

No Image Caption

Menurut Bendahari UTeM, Khairul Taib, UFiS 3.0 yang diadakan selama dua hari itu juga memberi pendedahan realiti sebenar kepada peserta berhubung dengan dasar-dasar kewangan dan cabaran dalam melaksanakan pendigitalan.

Malah mereka juga diberi maklumat berhubung status serta perkembangan semasa proses pendigitalan kewangan negara.

Mengulas mengenai kelainan program, Khairul berkata, terdapat beberapa keistimewaan UFiS 3.0 iaitu ia merupakan satu-satunya seminar kewangan yang dianjurkan dan diuruskan sepenuhnya kakitangan Pejabat Bendahari UTeM.

Kakitangan Pejabat Bendahari UTeM yang menjayakan penganjuran UFiS 3.0 kali ini.
Kakitangan Pejabat Bendahari UTeM yang menjayakan penganjuran UFiS 3.0 kali ini.

Artikel Berkaitan:

Sleain itu, seminar ini turut dilengkapi dengan kumpulan topik relevan dan bertepatan dengan konsep serta hasrat semasa negara.

Sementara itu, Naib Canselor UTeM, Profesor Ts Dr Massila Kamalrudin berkata, penganjuran UFiS 3.0 ini memberikan impak besar dengan memudahkan pelaksanaan pendigitalan kewangan dalam negara.

“Penganjuran seminar sebegini turut membawa kepada perubahan minda dalam memenuhi impian dan hasrat negara dengan sokongan dan penglibatan dari semua pihak termasuklah pelbagai agensi dari dalam dan luar negara,” ujarnya.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok