UiTM anjur kempen lupus e-waste, beri kesedaran kepada masyarakat Semporna

AZLEENDA SAHALUDINAZLEENDA SAHALUDIN
04 Jan 2024 10:02am

Persatuan Rakan Alam Sekitar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Student Chapter (RAS UiTM SC) dengan kerjasama Jabatan Alam Sekitar (JAS) Sabah dan Tawau melalui Program Oceaners Assemble 2.0 telah memperkenalkan kempen Jom Lupus E-Waste serta membawa satu program inovasi kepada komuniti di Semporna.

Program ini membawa matlamat pengurusan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) secara bertanggungjawab dan empromosikan inovasi demi pemeliharaan alam sekitar yang lebih baik.

Pengarah JAS Sabah, Amirul Aripin berkata, kempen itu telah mendapat sambutan hebat daripada pelbagai lapisan masyarakat termasuk penduduk dan pelancong di Semporna dalam usaha melestarikan alam sekitar.

Menurut beliau, terdapat beberapa aktiviti telah dijalankan sepanjang kempen berlangsung antaranya bergerak dari rumah ke rumah di sekitar Kampung Labuan Haji, Pulau Bum Bum, pengedaran brosur maklumat kepada penduduk tempatan dan pelancong di sekitar Pekan Semporna serta sesi penerangan mengenai pengurusan e-waste kepada 48 orang pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Mabul.

**pullquote** katanya.

Tambahan pula, kempen Jom Lupus E-Waste ini merupakan program kali kedua dilaksanakan selepas kejayaan RAS UiTM SC menjalankan program yang sama di Pulau Perhentian pada 4 hingga 5 Jun 2023 yang lalu.

Salah seorang ahli RAS UiTM SC memberi penerangan kepada penduduk Sabah.
Salah seorang ahli RAS UiTM SC memberi penerangan kepada penduduk Sabah.

Dalam pada itu, penasihat RAS UiTM SC, Nur Ain Mohd Zainuddin, turut menyatakan perasaan bangganya kerana telah berjaya menjalankan kempen tersebut yang merupakan salah satu inisiatif utama bagi membantu JAS dalam memastikan kelestarian alam sekitar.

Artikel Berkaitan:

“Kempen ini merupakan komitmen berterusan kami dalam mewujudkan masyarakat yang mampan dan prihatin terhadap alam sekitar.

“Melalui penglibatan dan pendidikan komuniti di Semporna, kami berusaha untuk memberi pendedahan awal tentang cara yang betul untuk melupuskan e-waste dan kesan jangka masa panjang terhadap alam sekitar dan kesihatan penduduk jika tidak diuruskan dengan betul,” katanya.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp