No Image Caption

UiTM kongsi ilmu di Australia

14 Aug 2023 07:20pm



Aktiviti khidmat masyarakat dengan warga pelajar sememangnya merupakan dua perkara yang tidak dapat dipisahkan.

Inisiatif tersebut dilihat dapat membantu mengasah kemahiran dalam diri mereka sekali gus melahirkan graduan yang holistik.

Lebih hebat jika usaha berkenaan dapat dijalankan di peringkat antarabangsa kerana ia sudah pasti dapat mengharumkan nama negara dan kampus.

Justeru, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Melaka, Kampus Jasin menerusi Fakulti Perladangan dan Agroteknologi (FPA) bakal menganjurkan projek Towards A Better Nature International Corporate Social Responsibility (I-CSR) bertempat di Qaswa House, West Perth, Australia pada 19 Ogos ini.

Program berkenaan akan melibatkan 50 orang peserta, 10 daripadanya merupakan warga FPA sementara 30 lagi pelajar sekolah dan 10 peserta lagi merupakan sukarelawan.

Antara kandungan aktiviti yang disusun ialah sesi ‘Hands on’ yang melibatkan penyediaan tanah untuk anak pokok.

Selain itu, ia turut memfokuskan kepada pembinaan taman mini bertemakan ‘Together With You’ yang menempatkan penanaman poko herba dan bunga.

Seterusnya, peserta akan berkongsi demonstrasi pembuatan minyak pati tea-tree.

Artikel Berkaitan:


Dengan adanya kursus ini, pelajar dapat mengaplikasikan ilmu teori yang dipelajari di dalam kelas secara praktikal serta dapat diturunkan kepada komuniti masyarakat sebagai satu ilmu yang baharu untuk mereka.

Pada masa yang sama ia juga dilihat dapat membantu komuniti dan mewujudkan dalam diri peserta rasa cakna akan kepentingan alam sekitar pada masa akan datang serta menggembirakan dan memberi motivasi kepada peserta.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp