UKM jalin kerjasama dengan 2 universiti di Iran

MOHAMAD AMREEL IMAN ABD MALEK
10 Oct 2023 05:16pm
A
A
A



Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menjalin kerjasama dengan Islamic Azad University of Isfahan, Iran baru-baru ini.

Menerusi satu pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU), ia memberi fokus kepada pertukaran pelajar antarabangsa, perkongsian data dan penerbitan secara bersama, pembangunan bakat serta program sangkutan bagi pelajar dan kakitangan.

Dokumen MoU itu ditandatangani oleh Naib Canselor UKM, Profesor Datuk Dr Mohd Ekhwan Toriman dan Presiden Islamic Azad University of Isfahan, Prof Dr Mohsmmad Mehdi Tehranchi.

Fakulti Sains dan Teknologi UKM diberi mandat melaksanakan MoU tersebut melalui bidang penyelidikan utama seperti penyelidikan mengenai keselamatan makanan, kawalan kemarau, Nano Teknologi dan Bio-Teknologi serta lain-lain.

Artikel Berkaitan:


Dalam perkembangan lain, UKM turut mengikat kerjasama dengan Universiti Isfahan, Iran yang memfokuskan kepada penyelidikan dan pengajian berkaitan Asia Barat dan keselamatan politik.

Mohd Ekhwan menzahirkan penghargaan kepada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) yang sentiasa menyokong agenda pengantarabangsaan universiti watan.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok