Mazliham (lima dari kiri) dan Weei Jye bertukar dokumen MoU di kampus MMU Cyberjaya.
Mazliham (lima dari kiri) dan Weei Jye bertukar dokumen MoU di kampus MMU Cyberjaya.

MoU tingkat kebolehpasaran graduan ICT

ROSHLAWATY MD RAIEHROSHLAWATY MD RAIEH
07 Feb 2024 04:50pm

Bagi meningkatkan kebolehpasaran graduan dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), satu Memorandum Persefahaman (MoU) telah dimeterai antara Universiti Multimedia (MMU) dan Zchwantech Sdn Bhd, baru-baru ini.

Menerusi MoU berkenaan, ia membolehkan kedua-dua pihak mengadakan kolaborasi dalam penyelidikan, latihan industri pelajar, kursus pendek, geran penyelidikan, program i-Cadet dan lain-lain.

Presiden MMU, Profesor Datuk Dr Mazliham Mohd Su’ud berkata, perjanjian itu bertepatan dengan misi universiti yang ingin melahirkan graduan dan tenaga mahir sejajar kehendak pasaran kerja.

“Saya gembira dengan kolaborasi ini yang menyaksikan dunia akademik dan industri berganding bahu memajukan bidang penyelidikan sambil melahirkan tenaga mahir masa depan,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Ketua Pegawai Teknologi Zchwantech Sdn Bhd, Chay Weei Jye pula melahirkan penghargaan kepada MMU atas kerjasama yang berlangsung antara mereka.

Terdahulu, MoU yang diadakan di kampus MMU Cyberjaya menyaksikan perjanjian itu ditandatangi wakil MMU, Mazliham dan Weei Jye dari Zchwantech Sdn Bhd.

Hadir sama, Naib Presiden, Eksplorasi Pasaran, Libat Urus dan Titik Sentuh MMU, Profesor Ir Dr Hairul Azhar Abdul Rashid dan barisan pegawai delegasi dari kedua-dua belah pihak.

Artikel Berkaitan:

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp