6 aplikasi tanpa tunai yang digunakan ialah QR DuitNow, Maybank QRpay, Touch & Go eWallet, Shopee Pay, Grab Pay dan Boost.
6 aplikasi tanpa tunai yang digunakan ialah QR DuitNow, Maybank QRpay, Touch & Go eWallet, Shopee Pay, Grab Pay dan Boost.

UKM lancar 6 aplikasi tanpa tunai memudahkan proses urus niaga komuniti

ROSHLAWATY MD RAIEH
02 Feb 2023 12:35pm
A
A
A

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) melancarkan Kampus Tanpa Tunai yang menawarkan pelbagai kaedah pembayaran bagi memastikan urus niaga lebih cepat dan efisien.

Menurut Naib Canselornya, Profesor Datuk Dr Mohd Ekhwan Toriman, pelaksanaan kaedah itu bukan sahaja dapat memudahkan pelanggan, malah juga dapat memantau rekod kewangan secara sistematik.

Tambah beliau, antara aplikasi tanpa tunai yang digunakan premis perniagaan di UKM ialah QR DuitNow, Maybank QRpay, Touch & Go eWallet, Shopee Pay, Grab Pay dan Boost.

“Pengguna juga tidak perlu menanggung risiko membawa wang tunai dalam jumlah yang banyak kerana pembayaran dapat dilakukan terus menerusi platform perbankan pilihan pelanggan.

“Selain itu, kaedah pembayaran tanpa tunai diyakini lebih cepat dan selamat memandangkan pengguna boleh membuat pembayaran pada bila-bila masa dan di mana sahaja mereka berada,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Menurut Mohd Ekhwan, pelaksanaan Kampus Tanpa Tunai itu selaras dengan hasrat Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) yang ingin melonjakkan pelan pendigitalan KPT sedia ada agar proses pendigitalan dapat direalisasikan demi kebaikan semua.

“Inisiatif Kampus Tanpa Tunai ini mendapat kerjasama PayNet yang akan memastikan pelaksanaan kaedah terimaan bayaran melalui QRPay diguna pakai di UKM.

“Semua pusat penerimaan dan pengurusan kewangan di Pusat Tanggungjawab Universiti tidak dibenarkan menerima tunai di kaunter selain daripada Kaunter Hasil, Jabatan Bendahari.

Artikel Berkaitan:

“Setiap peniaga di premis perniagaan di UKM diwajibkan menyediakan sekurang-kurangnya satu kaedah pembayaran tanpa tunai yang bermula 1 Februari lalu,” ujar beliau.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok