UMP buat persiapan akhir bagi World #QuranHour

AZLEENDA SAHALUDIN
12 Apr 2023 02:49pm
A
A
A

Persiapan Universiti Malaysia Pahang (UMP) bagi penganjuran World#QuranHour yang dijadualkan berlangsung pada 13 April ini sudah mencapai 75 peratus.

Menurut Pengerusi Sekretariat Rumah Ngaji Pahang, Md Abdu Sahak, program berkenaan akan disertai kira-kira 200 penuntut dan kakitangan universiti tersebut di Masjid UMP Gambang.

Katanya lagi, program itu juga akan diketuai oleh pentaddabur iaitu Mohd Faizan Tajuid.

“Untuk persiapan acara ini, saya boleh menganggarkan sudah 75 peratus dan baki 25 peratus lagi akan siap dalam masa terdekat.

“Sebelum acara kemuncaknya bermula jam 12 tengah hari dengan bacaan surah al-Insan ayat 1 hingga 31, kita akan mengadakan majlis khatam al-Quran secara beramai-ramai,” katanya.

Beliau turut memberitahu, program World #QuranHour itu boleh disifatkan sebagai platform terbaik untuk mengajak masyarakat membaca al-Quran sekurang-kurangnya satu jam dalam kehidupan seharian.

Jelasnya, walau sibuk mana sekalipun namun membaca dan menghayati kandungan al-Quran masih perlu menjadi amalan setiap individu.

“Saya mengikuti World #QuranHour sejak pertama kali ia dianjurkan dan sememangnya setiap tahun tidak sabar menunggu program ini diadakan.

Artikel Berkaitan:

“Program ini juga sebenarnya menggalakkan orang ramai untuk mendekatkan diri dengan al-Quran.

“Diharapkan program sebegini terus membuka hati masyarakat dan seluruh dunia untuk bersama-sama menghayati al-Quran dalam kehidupan harian,” ujarnya.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok