No Image Caption

UMS rangkul 9 pingat dan 1 anugerah khas dalam MTE 2023

ROSHLAWATY MD RAIEH
29 Mar 2023 04:27pm
A
A
A

Sebanyak sembilan pingat dan satu anugerah khas dirangkul Universiti Malaysia Sabah (UMS) menerusi Malaysia Technology Expo (MTE) 2023 di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur baru-baru ini.

Rangkuman pingat-pingat tersebut terdiri daripada tiga emas, dua perak dan empat gangsa yang diraih bagi kategori International Innovation Awards (IIA) dengan menyaksikan 100 peratus kemenangan untuk semua penyertaan UMS, selain peningkatan pencapaian emas 200 peratus berbanding penyertaan pada 2021.

Menurut kenyataan media yang dikirimkan kepada Sinar Bestari, UMS menggondol tiga pingat emas menerusi produk Interactive Pre-Maths (turut merangkul Anugerah Khas daripada Persekutuan Persatuan Pencipta Antarabangsa), Sompoton Video Assisted Learning (VAL) KIT dan UMS Transformation Modules for Young Inmates.

Produk Interactive Pre-Maths dihasilkan sekumpulan penyelidik yang diketuai Dr Connie Shin manakala inovasi VAL KIT dan UMS Transformation Modules for Young Inmates, masing-masing diketuai Dr Jinky Jane C Simeon dan Dr Esther Jawing.

Bagi pingat perak pula, juri MTE 2023 sebulat suara memilih inovasi Eco Pre-Maths (diketuai Connie) dan Integrated STEM-PBL Physics Module (diketuai Profesor Madya Dr Fauziah Sulaiman) sebagai pemenang.

Manakala empat inovasi yang dihasilkan penyelidik UMS iaitu WiRSense, UMSfm’s Broadcasting Technology, Prison Learning Project: Enriching Adults Inmates with Communication Modules dan Advance Tool for Tourism pula telah merangkul pingat gangsa.

No Image Caption

Lebih 500 produk inovasi dari 15 buah negara telah menyertai MTE 2023 kali ini.

Artikel Berkaitan:

Ia merupakan satu acara inovasi global terkemuka yang menghimpunkan barisan inovator global, para usahawan, penyelidik, saintis dan pakar daripada pelbagai bidang serta industri.

Ia juga platform pembelajaran yang memfokuskan kepada memartabatkan inovasi baharu yang memberikan impak di peringkat nasional dan antarabangsa.

Peserta yang menyertai MTE 2023 akan mempamerkan inovasi terkini, berkongsi idea dan bekerjasama dengan industri tempatan bagi membangunkan teknologi serta mencipta penyelesaian yang lebih baik untuk masa hadapan.

Mereka juga akan bertemu pelabur dan rakan kongsi yang berpotensi bagi mencipta jaringan perhubungan dan membina kolaborasi mapan.

MTE 2023 yang diadakan di WTC itu telah dirasmikan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Chang Lih Kang.

Hadir sama pada majlis tersebut ialah Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi UMS, Profesor Ir Dr Rosalam Sarbatly dan Pengarah Pusat Pengurusan Inovasi dan Pengkomersialan UMS, Profesor Madya Dr Jidon Janaun.

UMS membawa pulang 9 pingat dan 1 anugerah khas dalam MTE 2023.
UMS membawa pulang 9 pingat dan 1 anugerah khas dalam MTE 2023.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok