Naib Canselor UPM, Datuk Profesor Dr Mohd Roslan Sulaiman (dua dari kiri) menyampaikan replika cek kepada kepada Duta Turkiye, H.E Emir Salim Yuksel (dua dari kanan).
Naib Canselor UPM, Datuk Profesor Dr Mohd Roslan Sulaiman (dua dari kiri) menyampaikan replika cek kepada kepada Duta Turkiye, H.E Emir Salim Yuksel (dua dari kanan).

UPM salur sumbang RM32,78.37 kepada Turkiye dan Syria

FIRDAUS HANAFI MOHD ZAINFIRDAUS HANAFI MOHD ZAIN
28 Mar 2023 03:22pm

Prihatin dengan nasib yang menimba rakyat Turkiye dan Syria akibat gemba bumi yang melanda Februari lalu, Universiti Putra Malaysia (UPM), telah menyumbangkan sebanyak RM32,768.37 kepada kedua-dua negara terbabit.

Menurut Naib Canselor UPM, Datuk Profesor Dr Mohd Roslan Sulaiman, jumlah tersebut adalah hasil kutipan oleh warga UPM termasuk staf dan pelajar menerusi Tabung UPM Prihatin@WAZAN yang telah dilancarkan bermula 8 sehingga 28 Februari 2023.

Tambah beliau, sehingga kini semua warga UPM masih bersimpati dengan nasib yang menimpa Turkiye-Syria berikutan jumlah mangasa korban melepasi 47,000 penduduk serta tidak ketinggalan kerosakan infrastruktur yang dianggarkan kerugian berbilion ringgit.

“Ketika kejadian, setiap hari laporan jumlah mangsa yang terkorban sentiasa meningkat termasuklah kemusnahan sebahagian besar bandar di kawasan yang terlibat.

“Oleh itu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua warga UPM dan penyumbang yang bermurah hati menghulurkan bantuan menerusi kutipan daripada Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN) UPM.

“Semoga dengan bantuan yang disampaikan ini dapat membantu meringankan beban penduduk yang terkesan di sana termasuk pelarian Syria yang menetap di wilayah Gaziantep dan Ekinozu, Turkiye dan kita juga mahu terus menjaga hubungan persahabatan baik yang kita miliki bersama dua negara ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Sumbangan bantuan kewangan UPM telah disampaikan oleh Mohd Roslan kepada Duta Turkiye, H.E Emir Salim Yuksel dalam satu majlis ringkas yang diadakan di Bangunan Canselori Putra UPM, Seri Kembangan, Selangor, baru-baru ini.

Mohd Roslan juga berharap agar rakyat negara ini serta seluruh warga UPM mendoakan supaya Turkiye dan Syria diberikan kesejahteraan serta dijauhkan daripada kejadian gempa yang lebih teruk pada masa depan.

Artikel Berkaitan:

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp